Remaja 16 Hingga 17 Tahun Bakal Terima Suntikan Vaksin Pfizer Tidak Lama Lagi – KJ | Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Lembah Klang akan menerima vaksin Pfizer tidak lama lagi.
Menurutnya, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) Covid-19 telah meluluskan pemberian vaksinasi Covid-19 bagi golongan berkenaan, bermula di Sarawak.
“Sarawak akan bermula hari ini dengan remaja berumur 16-17 tahun dan 12-15 tahun yang berisiko tinggi (tanpa keadaan kesihatan yang kronik),” ciapnya di Twitter pagi ini.
“Labuan dan Lembah Klang akan menyusul tidak lama lagi.
“Kami akan memberikan vaksin Pfizer,” katanya.
The @JKJAVMY has green lit the commencement of adolescent COVID-19 vaccination. Sarawak will begin today starting with 16-17 year olds and 12-15 yo who are at high risk (w/ chronic medical conditions). Labuan & Klang Valley will follow shortly. We will be giving the Pfizer vax.
— Khairy Jamaluddin π²πΎπΊ (@Khairykj) September 7, 2021
Sumber : Malaysia Kini, Khairy Jamaluddin