Polis Bengaluru, India menahan empat lelaki pada Sabtu kerana cuba melakukan rompakan selain mencetuskan pergaduhan dan menyerang seorang pekedai di kawasan Munnekollal di bandar tersebut.
Menurut polis, kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan merompak dan menyerang.
Dalam rakaman video yang tular di internet, sekumpulan lelaki dilihat menyerang seorang lelaki yang sedang berdiri di kaunter kedai runcit.
Tanpa belas kasihan, kumpulan lelaki itu menumbuk pemilik kedai selain dia juga diserang dengan dulang plastik dan topi keledar.
Tindakan sekumpulan lelaki itu mencetuskan reaksi panik di kawasan tersebut.
Menurut laporan media tempatan, punca serangan itu dikatakan kerana persaingan dan keganasan itu telah dirancang terlebih dahulu.
Dalam kejadian itu, lelaki yang menyerang pekedai itu pada mulanya dilihat memesan teh dan rokok sebelum memulakan pergaduhan semasa membayar bil.
Pekedai itu turut mendakwa wang miliknya, rantai emas, telefon bimbit dan wang tunai dirompak tertuduh.
Setakat ini, polis telah menahan empat daripada lapan lelaki yang dilihat dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Video tular di laman Twitter menyaksikan lapan orang menerjah masuk ke kedai runcit dan menyerang pekedai itu.
“Kami ingin memaklumkan bahawa kami telah pun menahan empat orang yang menyerang dan merompak. Selebihnya masih dalam siasatan,” ujarnya.
“Polis juga memberi amaran bahawa perlakuan sebegitu menyalahi undang-undang,” katanya.
Sumber: Majoriti
Baca Juga: Seorang Kanak-Kanak Tercedera Slps Diserang Anjing Jiran
Seorang kanak-kanak perempuan dipercayai cedera selepas diserang seekor anjing ketika berjalan di sebuah kawasan perumahan di Taman Scientex, Kulai, Johor baru-baru ini.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menuju ke salah sebuah rumah jiran di depan kediamannya sebelum tiba-tiba dikejar seekor anjing.
Insiden itu berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) kereta dipercayai salah sorang penghuni taman berkenaan.
Melalui rakaman video berdurasi seminit yang dimuat naik semula di halaman Facebook ‘We Are Malaysian’ memaparkan kanak-kanak perempuan itu cuba berlari semula menuju ke rumahnya namun jatuh tersembam di jalan.
Turut kedengaran pemandu tersebut membunyikan hon kereta untuk menakut-nakutkan anjing tersebut sebelum haiwan itu dilihat beredar dari tempat berkenaan.
Difahamkan, anjing itu bukan haiwan liar tetapi mempunyai tuan berdasarkan komen-komen di video berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya.
Rata-rata berharap agar pemilik anjing berkenaan dikenakan tindakan kerana menyalahi undang-undang.
“Di kawasan perumahan tidak boleh lepaskan anjing sesuka hati. Bahaya pada keselamatan orang awam. Pemilik anjing itu boleh dikenakan tindakan,” kata salah seorang netizen.
Menurut pengguna akaun bernama Titan, kanak-kanak perempuan tersebut cedera akibat terjatuh.
“Aku dengar budak itu cedera sebab jatuh kena tolak dengan anjing, harap semua okey. Anjing ada owner,” katanya.
Namun begitu, bagi salah seoang netizen, Senaya Sebayan Lelang menyuarakan pendapat yang berbeza kerana haiwan tersebut tidak bertindak agresif.
“Maaf saya rasa anjing itu hanya ingin bermain. Kalau haiwan itu nak menyerang atau gigit lain gayanya,” tulisnya.
Video yang mula tular sejak Sabtu itu sudah mendapat lebih daripada 27,000 tontonan setakat ini.
Namun tidak dapat dipastikan keadaan sebenar kanak-kanak tersebut dan belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa.
Sumber: KMN