(Video) Pengalaman Menaiki ETS Dari KL ke Arau | ETS atau Electric Train Service merupakan pengangkutan awam kereta api yang beroperasi di bahagian pantai barat Malaysia iaitu merangkumi Selangor, Perak, Kedah dan Perlis.
Berikutan itu, selain daripada perkhidmatan bas, penumpang juga boleh menggunakan perkhidmatan ETS iaitu antara perkhidmatan kereta api berkuasa tinggi di bawah syarikat KTMB ketika berada di pantai barat Malaysia.
Perkhidmatan ETS ini telahpun beroperasi bermula pada tahun 2010 yang memulakan perjalanan daripada Stesen KL Sentral sehingga ke Padang Besar. Terdapat lebih 10 stesen sepanjang perjalanan tersebut. Sekali gus ini telah membangunkan kawasan sekeliling kerana mempunyai sistem pengangkutan yang baik seperti ETS ini.
Selain daripada 3 jenis ETS iaitu ETS Silver, Gold dan Platinum, terdapat 1 lagi ciri baru yang diperkenalkan oleh KTMB bagi perkhidmatan ETS iaitu ETS Bussiness Class. Jika dalam kapal terbang terdapat perkhidmatan bagi kelas pertama atau Bussiness Class, kereta api juga kini sudah mempunyai perkhidmatan bertaraf ‘Business Class’ ini.
Jadi apa yang istimewanya kelas bisnes berbanding jenis ETS yang lain? Adakah perkhidmatan dan servis yang disediakan adalah seperti kapal terbang? Ikuti pengalaman yang bakal dikongsikan oleh Saudara Norshahkang shuaib menaiki ETS Business class melalui video di KMN Box.