Perintah Tuhan Kepada Anak-Anak Yang Ramai Abaikan | Khalifah Media Network – Kita sebagai seorang anak soleh yang mengasihi, menyayangi dan mencintai ibu bapa, haruslah kita segera membalas segala jasa-jasa kedua-duanya yang telah menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sejak kecil sehingga dewasa.

(Video) Perintah Tuhan Kepada Anak-Anak Yang Ramai Abaikan

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra’ ayat ke-25 telah menyuruh supaya hamba-Nya mengesakannya dan mengabdi kepadanya di samping menyuruh untuk berbakti kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak.

Kedudukan ibu bapa di sisi ALLAH amatlah tinggi sehinggakan ALLAH meletakkan perintah berbuat baik kepada ibu bapa selepas atau bersebelahan dengan perintah tidak menyembah selain daripada ALLAH dan mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun.

Justeru itu, hargailah ibu bapa kita ketika masih ada dan segeralah lakukan apa yang diperintah Allah SWT terhadap membalas jasa ibu bapa.Ikuti kupasan Dr Maza dalam isu berkaitan Perintah Allah SWT kepada anak-anak dalam menghargai jasa Ibu bapa.

Baca Seterusnya..

 

 

Pesakit Covid Peluk Islam Di Katil Hospital. Allahuakbar | Seorang pesakit Covid-19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan, melahirkan kegembiraan dengan agama barunya itu.

Pesakit Covid Peluk Islam Di Katil Hospital. Allahuakbar

Kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran itu, dia telah sah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah..

Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil. Masih bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di Sandakan. Tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.

Menurut anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45, dia serta ahli keluarga yang lain membuat panggilan video minggu lepas. Pada masa itu dan ibu (Laila) telah menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) dan ia sngat menyentuh hati mereka sekeluarga.

Firdaus turut menyatakan bahawa beliau membuat hantaran dalam Facebook. Berikutan untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.

Tambahnya, beliau merasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibunya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim. Selain ibunya pernah menyatakan hasrat untuk memeluk agama Islam. Hal ini kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga telah memeluk Islam.

Baca Selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply