(VIDEO) Tular Kafe ‘Unik’ Tarik Ramai Pelanggan. Ini Puncanya.. | New Delhi: Pelbagai cara peniaga makanan lakukan untuk menarik pelanggan, namun di India terdapat kafe di mana pengunjung menikmati juadah bersebelahan dengan kubur.
Walaupun kubur dianggap lokasi yang menakutkan namun inisiatif unik daripada tauke kafe itu menyebabkan ramai tertarik sekali gus mahu mencuba menikmati hidangan bersebelahan kubur.
Ironinya, kafe adalah lokasi sering dikunjungi oleh orang masih hidup berkumpul dan berbual seperti sambil menikmati juadah bersama secawan kopi.
Namun, tindakan pemilik kafe berkenaan dianggap luar biasa memandangkan pusara adalah tempat orang mati disemadikan.
Media asing melaporkan, kafe berkenaan bukan sahaja tular di India, malah popularitinya melepasi sempadan negara itu hingga turut menjadi tumpuan pelancong asing.
Difahamkan, kafe di tanah perkuburan itu terletak di sebuah daerah di India bernama Prindavan.
Terdapat kubur dihiasi dengan pagar putih dan dicat dengan dekorasi meja makan diletakkan berhampiran dengannya.
Kelihatan juga sebatang pokok yang besar di bahagian tengah kafe dan pokok itu yang menembusi siling premis berkenaan.
Antara video yang tular menunjukkan suasana di kafe itu, kelihatan pelanggan menikmati juadah yang disediakan oleh kafe berkenaan seolah-olah tidak menyedari pun keadaan kubur di sekeliling mereka.
SUMBER : Harian Metro