(Video) Wanita Bungkus Diri Dalam Train Semata2 Untuk Makan Pisang | Daily Mail melaporkan bahawa seorang pengguna kereta api bawah tanah di Wuhan, China nekad ‘membungkus’ dirinya menggunakan beg plastik besar hanya untuk memakan pisang sebagai usaha untuk patuh kepada peraturan Covid di negara itu.

Wanita itu dilihat sedang memakan buah pisang tersebut sebelum memasukkan kulitnya ke dalam satu lagi beg plastik kecil yang dibawanya bersama.

Seorang penumpang lain dalam kereta api tersebut berjaya merakamkan insiden itu.

Pada mulanya saksi yang merakam kejadian itu beranggapan bahawa wanita tersebut berpakaian sedemikian sebagai kostum untuk sambutan Halloween.

Namun kemudian dia menyedari bahawa terdapat satu peraturan di mana orang ramai tidak dibenarkan menanggalkan topeng muka mereka untuk makan di dalam pengangkutan awam.

Tambahnya lagi, dia faham akan tindakan penumpang wanita berkenaan. Kerana adalah mustahil untuk makan di dalam kereta api bawah tanah sambil memakai topeng muka.

Saksi itu menyata lagi bahawa wanita itu berjaya mengasingkan dirinya daripada orang lain dengan menggunakan beg plastik berkenaan.

Saksi itu merakam video berkenaan kerana beranggapan ianya pelik dan mahu berkongsi apa yang dilihatnya itu kepada orang ramai.

Dua lelaki di sebelah penumpang wanita tersebut dilihat seakan tidak mempedulikan wanita berkenaan. Mereka kelihatan sibuk menggunakan telefon bimbit mereka, dan seorang lagi penumpang seperti sedang tidur.

Sejurus selepas video itu viral, jurucakap daripada syarikat kereta api tersebut mengingatkan orang awam bahawa perbuatan makan di dalam pengangkutan awam adalah tidak dibenarkan.

Selepas video rakaman itu menjadi viral, jurucakap Metro menyatakan bahawa mereka ingin mengingatkan orang ramai bahawa makan di dalam kereta api di Wuhan dan di bandar raya China yang lain adalah tidak dibenarkan.

Jurucakap Metro juga bertambah lagi dengan menyatakan bahawa mereka juga menggesa sesiapa sahaja yang ternampak aksi seperti berikut untuk menghubungi talian hotline kami bagi menangani perkara berkenaan.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply