Barang yang tertinggal atau ditinggalkan oleh tetamu setelah mendaftar keluar dari penginapan seperti hotel dan homestay bukanlah perkara baharu bagi pekerja yang bertugas.

Sering terjadi apabila tetamu tertinggal pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kasut, dokumen atau barangan berharga yang termasuk telefon bimbit.

Namun kisah yang berlaku di homestay yang diusahakan oleh pemuda ini agak luar biasa apabila tetamu telah meninggalkan 30 biji telur itik.

Pengusaha homestay berkenaan, Zakaria Nazir berkata bahawa dia menyediakan servis sewa penginapan di sebuah Semi-D dengan tiga bilik di Pendang, Kedah sejak pertengahan tahun 2021.

Selain itu, Zakaria mengongsikan kisah lucu tersebut dengan memuatnaik video dalam akaun Tiktok miliknya.

@zakaria_nazir

Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe

♬ SWIPE – ALYPH

Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan netizen banyak meninggalkan komen-komen yang lucu tentang anak-anak itik yang telah menetas.

Berkongsi cerita tersebut, pemuda berusia 29 tahun itu memberitahu bahawa tetamunya yang datang bersama keluarga dari Kelantan telah membuat tempahan untuk satu malam pada akhir bulan lalu.

“Saya datang ke rumah itu selepas mereka check out, untuk mengemas. Sekali jumpa sepapan telur itik, batang pancing dan sebiji bantal.”

“Bagi saya rare sebab sejak mengusahakan homestay, biasanya orang tertinggal baju atau seluar. Bukannya sepapan telur,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Zakaria, dia difahamkan bahawa telur itik itu biasanya digunakan sebagai umpan memancing dimana ia akan dicampurkan bersama dedak.

“Tetamu itu sebelum ini datang ke sini sebab ada satu pertandingan memancing. Sebab itulah ada batang pancing dan telur itik di homestay”

Apabila saya telefon dan maklumkan ada barang tertinggal, mereka  minta saya simpankan dulu kerana mereka akan datang lagi ke sini untuk pertandingan.”

“Saya ada tanya perlu ke untuk simpan telur-telur tu dalam peti sejuk, Mereka beritahu tak perlu dan saya tinggalkan atas meja,” ujarnya yang berasal dari Jitra.

Menurut anak kelima daripada enam adik beradik itu, dia kembali ke homestay yang terletak di Taman Teratai pada 5 November lalu bagi melakukan pemeriksaan.”

“Masuk rumah saja terus bau busuk seperti bangkai. Saya tak terfikir pula sebarang kejadian pelik atau seram”

“Saya kemudian pergi periksa dan terkejut mendapati bau busuk semakin kuat dan ada  bunyi”, tambahnya.

Guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah itu terkejut apabila mendapati sejumlah telur telah menetas di sebalik bekasnya.

“Ada sembilan ekor menetas dan empat lagi keesokan harinya selepas bawa anak-anak itik itu ke rumah saya di kuarters. Manakala tujuh ekor dah mati, itu punca bau busuk di homestay”

“Keseluruhannya ada 13 ekor yang hidup dan saya menjadi ‘bapa itik’. Kelakar sebab pertama kali berlaku dan saya anggap rare kerana biasanya tetamu tinggal baju atau tuala ja”, ujarnya.

Berpengalaman dalam bidang perguruan selama tujuh tahun, Zakaria mengambil keputusan untuk mebela kesemua anak itik itu kerana dia pernah menternak ayam sejak kecil.

“Mak ayah bela kira-kira 10 ekor ayam di Kampung Bukit Berangan di Jitra. Saya bercadang nak bawa balik anak-anak itik ini balik kampung dan dibela di sana.

“Tapi terpulang kepada pemiliknya. Jika mereka nak sepapan telur, saya sanggup gantikan dengan yang baharu. Seronok bela anak-anak itik ni,” katanya.

Sumber : mStar

 

Share.

Leave A Reply