Baru-baru ini, tular isu penumpang berang akibat penerbangannya ditunda dipercayai sehingga lebih kurang lapan jam tanpa diberi notis awal oleh syarikat penerbangan tersebut, Malindo Air.

Viral Penumpang Mengamuk: 'Malindo Air Perlu Mohon Maaf Kepada Penumpang'- Anthony Loke

Video yang memaparkan situasi tegang penumpang berkenaan tular di media sosial hingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak pihak khususnya orang awam.

Ekoran daripada itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah tampil untuk memberi keterangan lanjut berkenaan isu tersebut.

Menurut perkongsiannya di laman Twitter, @anthonyloke difahamkan beliau telah menghubungi pihak pengurusan syarikat penerbangan tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Salam saudara, saya dah hubungi pengurusan Malindo Air. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya dalam ciapan itu.

Viral Penumpang Mengamuk: 'Malindo Air Perlu Mohon Maaf Kepada Penumpang'- Anthony Loke

Imbas kembali video kejadian, menurut individu itu difahamkan jadual penerbangan bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching yang sepatutnya ditetapkan adalah pada pukul 11:30 malam.

Namun, kakitangan syarikat Malindo Air yang sedang bertugas ketika itu kemudian mengatakan bahawa penerbangan tersebut akan dilewatkan sekitar jam 2:30 pagi.

Ekoran tidak berpuas hati, individu terbabit cuba bertanya sekali lagi untuk kepastian sebelum dia bertindak untuk ‘check-in luggage’ miliknya.

Hal tersebut kerana menurutnya jika penerbangan itu bakal dilewatkan lagi, dia akan mencari hotel berdekatan sementara menunggu jadual penerbangan tiba pada masanya.

Melihat kepada keyakinan kakitangan syarikat yang mengiyakan bahawa tiada kelewatan penerbangan akan dilakukan selepas itu, dia akhirnya tekad menunggu di situ (tempat menunggu) bersama penumpang yang lain.

Namun malangnya penerbangan tersebut dijadualkan semula pada waktu lanjutan baharu iaitu pukul 6:35 pagi keesokan hari tanpa memaklumkan kepada semua penumpang ketika itu.

Hal tersebut menyebabkan individu terbabit bersama beberapa penumpang lain disyaki berang dan memarahi kakitangan bertugas tersebut kerana dipercayai sudah ‘penat’ menunggu selama lebih kurang lapan jam.

@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair ♬ original sound – Chimmy

Sumber: SK 

Share.

Leave A Reply