Pihak polis mengesahkan bahawa telah menerima laporan daripada pihak keselamatan Genting Highlands selepas tular satu video yang mendakwa bahawa seorang kanak-kanak hampir diculik oleh wanita warganegara asing di kawasan pelancongan itu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Zaiham Mohd Kahar berkata laporan itu telah dibuat pada jam 8.15 malam, semalam.
“Pihak keselamatan Genting Highlands telah membuat laporan polis pada 19 September 2022 (Isnin) lebih kurang jam 8.16 malam berhubung video yang telah tular,” katanya.
Zaiham juga turut mengesahkan bahawa belum menerima laporan polis daripada pihak yang terlibat.
“Polis Daerah Bentong juga mengesahkan bahawa setakat ini tidak menerima sebarang laporan polis daripada pihak yang terlibat.
“Walau bagaimanapun, pihak IPD Bentong akan menjalankan siasatan dan akan menghubungi pemilik akaun TikTok berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Zaiham memohon kerjasama daripada semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
Terdahulu, satu video yang memaparkan situasi selepas cubaan menculik dilakukan oleh seorang wanita warga asing telah tular dan mendapat perhatian ramai.
@alfitry_azmi52 Hati-hati yang mana bawa anak, semalam kat Genting, almost jadi kes besar. #sindiket #culikanak #genting@Maz 🌻 ♬ original sound – alfitryazmi52
Komen Netizen
Aku pernah kene dekat mitsui outlet klia pun bahaya .kejap je ntah dari mana tetibe datang ramai org aku pusing anak aku dah takde..
Dia orang kat mana2. Kawan I almost kena kat Sunway Pyramid.
Ya Allah nasib baik xde apa yg berlaku, bahaya la,.. kena hati2 skrg ni wlupn dimana berada.
Bagus bang..1 dalam seribu yg punya sifat sensetif mcn abg…sy bangga dgn abg…terima kasih bang..
How come Genting does not have Police? so unsafe. Glad that your child was saved by you, Bro.
Bahayanya😢 saya selalu dtg genting, risaunya Kalau mcmn jadi..
Thankz bro peringatan mcmni..perfect penyampaian n videonya..ape pon,syukur ALHAMDULLILLAH semuanya slmt 🤲
Allahu.. Itulah yg buat sy dan husband xberani pergi tpt pack..takut kita terleka dan ank susah nk control.
Sumber : SK