Viral Video Amalan Khurafat Di Gunung Jerai, Ini Tindakan Jabatan Agama Kedah | Khalifah Media Networks – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sedang menyiasat video berkaitan amalan khurafat. Berikutan yang dilakukan di Gunung Jerai, Yan yang ditular melalui aplikasi TikTok sejak beberapa hari lalu.

Viral Video Amalan Khurafat Di Gunung Jerai, Ini Tindakan Jabatan Agama Kedah

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusri Md Daud berkata, video berdurasi satu minit itu menunjukkan perbuatan dilakukan beberapa individu dan pihaknya memandang berat kes berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman ) 2014. Hal ini kerana kesalahan doktrin palsu, menghina serta menyebabkan dipandang hina agama Islam.

“Jika sabit kesalahan bagi Seksyen 4, ia memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000. Ataupun dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan. Atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Manakala Seksyen 7 enakmen sama, ia memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000. Ataupun dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata, pada masa sama, JHEAIK melalui Bahagian Penyelidikan akan mengadakan siri penerangan di seluruh negeri ini berkaitan bahaya amalan khurafat kepada masyarakat.

Beliau berkata, JHEAIK akan terus memberikan penerangan kepada masyarakat. Pada masa sama akan sentiasa memantau aktiviti keagamaan di seluruh negeri ini.

“Selain itu, kita minta semua masyarakat supaya sentiasa peka dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti yang bercanggah dengan agama Islam untuk diambil tindakan.

“JHEAIK amat berharap golongan pendakwah dan asatizah di negeri ini menyampaikan ilmu berdasarkan fakta. Fakta yang berpandukan sumber dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah,” katanya.

Mohd Yusri berkata, JHEAIK juga amat berharap supaya masyarakat di negeri ini sentiasa berwaspada. Berhati-hati dalam menerima sebarang dakwaan berkaitan agama Islam.

@mediasunnahofficial Amalan Khurafat dan Bidaah yg dilakukan oleh puak pelampau di Gunung Jerai oleh Pegawai Hal Ehwal Agama Kedah, Ust Faisol bin Hj Omar #gunungjerai #khurafat #ustazwadiannuar #ustazmuhaizad ♬ original sound – MediaSunnahOfficial

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply