Seorang wanita terselamat apabila kereta Proton Waja yang dinaiki secara tiba-tiba terbakar di Kuala Perlis, di sini, hari ini.

Wanita Cemas Kereta Tiba-Tiba Terbakar

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata kejadian kira-kira jam 8 pagi ketika mangsa berusia dalam lingkungan 30-an sedang memandu keretanya di Jalan Marhom Kayang berhampiran Kampung Tok Kuning, Kuala Perlis menuju ke Kangar.

“Tiba-tiba keretanya berasap dan terbakar menyebabkan mangsa segera memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk menyelamatkan diri.

“Anggota bomba segera dipanggil untuk memadamkan kebakaran namun ia tidak membabitkan kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis berkata, lima anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan jam 8.06 pagi.

“Kita dapati kebakaran memusnahkan 95 peratus kereta berkenaan dan kita menggunakan dua aliran ‘hose reel’ dari air tangki jentera bomba kita bagi kerja memadam.

“Api berjaya dikawal jam 8.18 pagi dan punca kejadian masih disiasat,” katanya.

May be an image of 1 person, standing and outdoors

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply