Wanita Ini Muat Naik ‘Satu’ Post Di FB Yg Buat Ramai SEBAK. | Kebiasaannya, setiap hantaran di laman grup Facebook Edit Apa Hari Ini akan diakhiri dengan gelak tawa apabila seseorang meminta ahli di dalam itu untuk menyunting sesuatu gambar.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya suasana dalam grup tersebut bertukar menjadi serius dan sebak apabila ia melibatkan permintaan seseorang itu menyentuh hati nurani ramai.

Terbaharu, seorang wanita dikenali DhiyaSyajaah MohdAzmi meminta agar gambar dia bersama anak yang baru dilahirkan disunting bersama suaminya yang telah meninggal dunia sewaktu perayaan AidilAdha lalu.

“Nak mintak tolong pakar-pakar editkan gambar suami berdiri sebelah saya dan anak kami. Arwah suami meninggal masa raya haji, tak sempat lihat anaknya lahir.

“Semoga gambar ini dapat jadi tatapan buat anak kami kelak, mesti dia seronok sangat. Terima kasih semuanya,” tulisnya di dalam grup Facebook itu.

Rata-rata penghuni grup tersebut sedaya upaya menghasilkan suntingan bermakna buat tatapan anak wanita berkenaan. Mereka juga berharap agar dengan suntingan tersebut ia dapat menceriakan dan melengkapkan gambar keluarga kecil itu.

“Ini je mampu, moga ceria selalu,” tulis salah seorang yang menyunting gambar itu.

“Terbaik.. boleh jadikan kenangan buat baby besar nanti,” @Amiza E’jha.

“Semoga urusan kehidupan anak & maknya dipermudahkan Allah🤲🏻 amin. Terus kuat tabah menghadapi ujian kehidupan.amin🤲🏻,” @Nama Saya Hafiz.

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadanya lah kita kembali.. Salam Takziah,” @Joeim Mu.

“Dlm group ni mmg jaga sensitiviti bab nak edit…yg mana boleh di buat lawak yg mana kena serius….tahniah pada group edit apa hari ni….bila dtg x serius nya….serius editnya out of box….salam takziah…AL Fatihah,” @Azmida Basri.

“Saya nak editkan pon xsmpai hati. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman serta semoga anak arwah membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh/solehah bila besar nnti. Aamiin,” @Yb Faizie.

“AL-FATIHAH (dibaca) semoga Allah tempatkan Allahyarham suami puan bersama dengan orang-orang yang beriman dan beramal Solih serta diberikan kekuatan untuk puan dan anak menempuhi segala dugaan didunia mahupun di akhirat kelak. insyaaAllah aminn aminn aminn ya Rabbal Alamin. Maaf nak edit saya tak pandai cuma mampu mendoakan puan. Arwah suami dan anak puan sahaja. Jazakallah Khairan Kathiran,” @Md Taufik Hashim Black.

“Innalillahi wa Innalillahi rojiun. Takziah buat puan sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang soleh. Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada puan. Apa yang pergi biarlah pergi. Jangan diubah sejarah, ini cerita masa dan keadaan, nanti mengelirukan si anak,” @Ahmad Najib.
“Alhamdullillah, cantik gambar ya dah jadi. Semuga ia menjadi kenangan dan tatapan buat awak dan anak. Semuga dewasanya menjadi anak yg baik dan berjasa di sisi bondanya serta anak yg sentiasa ada doa buat aruah ayah dan keluarga. Takziah puan ya semuga puan sentiasa dalam rahmat Allah,” @Hamidah Muhammed.

“Mengalir air mata aku. Semoga tabah menjalani hari2 depan dan semoga dipermudahkan segala urusan ibu dan anak ini. Salam takziah. Semoga arwah bersama mereka yg beriman dan beramal soleh.. aamiin,” @Ieja Ismail.

“Salam takziah ye dik. Akak pon x pandai nk edit hanya mampu sedekahkan al Fatihah buat arwah. Semoga adik kuat untuk hadapi ujian ini. Semoga arwah suami adik tenang disana. Aamiin🤲,” @Yatie Mohd Zain

Malah, ramai turut menitipkan mendoakan agar arwah suaminya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan anak tersebut menjadi seorang insan yang membahagiakan ibunya.

Sumber: OhMyMedia

Share.

Leave A Reply