Seorang wanita menarik perhatian di laman sosial selepas merakamkan detiknya melahirkan anak di pantai Playa Majagual, Nicaragua.

Wanita Ini Pilih BERANAK Dalam Laut, Hanya Ditemani Suami. Ini Puncanya...

Menurut New York Post, Josy Peukert, 27, memuat naik video berkenaan di Instagram (IG) pada Februari lalu.

Namun, video tersebut baru sahaja meraih lebih 200,000 lebih tontonan selepas tular.

“Oleh kerana keadaannya tepat pada hari itu, maka itu yang saya lakukan,” kata Peukert kepada Jam Press mengenai perkongsiannya.

Menurutnya, dia mendapat inspirasi untuk melahirkan bayi tanpa bantuan di laut.

Ini kerana, dia mahu menunjukkan keupayaan badan wanita boleh melakukan sendiri tanpa campur tangan perubatan tradisional.

Katanya yang berasal dari Jerman itu, dia memantau air pasang selama berminggu-minggu.

Kemudian, apabila masa yang sesuai untuk bersalin, dia tahu pantai adalah tempat yang selamat.

Ketika melahirkan bayinya pada 27 Februari, anak-anak Peukert yang lain tinggal bersama rakannya.

Manakala, suaminya Benni Cornelius, 42, membawanya ke pantai dengan tuala, kain kasa dan mangkuk dengan ayak untuk meletakkan plasenta.

Dalam video berdurasi 50 saat yang tertanam di atas, ibu itu boleh dilihat melutut dalam ombak ketika dia mengalami kontraksi.

Rakaman itu kemudian ‘disunting’ selepas bersalin yang menunjukkan ibu yang terlalu gembira di dalam air.

Sambil itu, dia sedang mengendong bayi baru lahir yang masih bertali pusat.

“Ombak mempunyai irama yang sama seperti kontraksi, aliran lancar itu membuatkan saya berasa sangat baik,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply