Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 21 Ketika Mencuci Tingkap | Seorang wanita di Rusia telah dilaporkan maut apabila beliau telah jatuh dari ketinggian 67 meter. Difahamkan wanita itu hilang keseimbangan badannya semasa mencuci tingkap di kediamannya yang terletak di tingkat 21 apartment itu.

Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat 21 Ketika Mencuci Tingkap

Menurut laporan The Sun, mangsa iaitu Olga Nauletova yang berusia 27 tahun itu telah maut saat mencuci tingkap kediamannya. Kejadian telah berlaku pada Januari lalu. Sebelum insiden itu berlaku, dilihat mangsa cuba untuk menjangkau bahagian luar tingkapnya yang terletak di Kazan, Rusia.

Menurut laporan media tempatan, saksi mengatakan melihat wanita itu tiba-tiba kehilangan keseimbangan badan semasa mencuci tingkap.

Kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis, saksi turut disoal siasat oleh pihak polis bagi membantu siasatan. Kecuaian ketika mencuci tingkap merupakan punca utama insiden itu berlaku.

Mangsa dilaporkan bekerja sebagai model dan telah berkahwin dengan Kasim Nauletov, 31.

Sumber: Suara.com

Share.

Leave A Reply