Seorang wanita yang sedang sarat hamil berdepan dengan detik cemas apabila dia dipercayai terperangkap di dalam lif di kawasan rumahnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai FarieynaNasya_ menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dan meraih pelbagai respon daripada warganet.
Menurut wanita berkenaan, dia yang sedang hamil sembilan bulan telah terperangkap di dalam lif hampir dua jam. Cemas dengan apa yang terjadi, dia mengambil keputusan untuk menghubungi pihak penyelenggara bangunan, namun lambat sampai ke tempat kejadian.
Pengalaman 9 bulan bawa perut sekali stuck dalam lif. Saya stuck pukul 6.50 pagi dan lif dapat buka pukul 8.45 pagi saya baru keluar.
Susulan daripada itu, wanita tersebut cuba menghubungi pihak bomba dan akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Alhamdulillah semua baik. Terima kasih abang bomba. Call pihak penyelenggara belum sampai. Mummy dan kandungan selamat.
Saya keluar dah memang blur dan berpeluh sangat. Anak dan suami setia menunggu mummy keluar dengan selamat.
Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 26 saat itu meraih lebih 1.6 juta tontonan dan mendapat lebih 109 ribu tanda suka di TikTok.
@farieynanasya1_Pengalaman 9Bulan bawa perut . Stuck dalam lift … alhamdulillah semua baik… ❤️ thankyou abg Bomba . Call maintainance belum sampai. Abang bomba penyelamat …♬ Setanggi syurga – Dyna Evasive🇵🇸
Makin kuat anxiety aku yg memang takut stuck dlm lift. Benda2 terkurung cmtu 🥺🥺🥺
sy klau sorg tgkt 20 pn rela naik tangga.. sy tkut stuck dlm tu
sampai skrg saya pun fobia naik lift. selagi bole naik tangga , tk kisahlah penat pun janji tk terperangkap.
Nasib baik takde apa. Sy mmg x boleh naik lift ssorg takut haha
allahuakbar🥺 alhamdulilah ibu dan baby dlm perut selamat. 🥺
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana wanita berkenaan berjaya keluar dengan selamat. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar segala urusan si ibu dan anak dalam kandungan dipermudahkan.
Sumber : Oh Bulan