Wanita Sempat Bergelar Isteri Selama Setengah Jam Sebelum Meninggal | Pasangan Mesir ini dilaporkan hanya sempat bergelar suami isteri setengah jam selepas dinikahkan apabila si isteri meninggal dunia akibat serangan jantung.
Pengantin perempuan tersebut dikenali sebagai Nadia Taha Madhi meninggal dunia dalam pelukan suaminya ketika majlis perkahwinan mereka masih berlangsung di kampung Reda di selatan Mesir.
Nadia sebelumnya dikatakn sempat menghubungi bapanya selepas kira-kira 25 minit majlis berlangsung, namun rebah dalam pelukan suaminya, ketika masih memakai gaun pengantin.
Bapanya seakan tidak percaya anaknya itu meninggal dunia selepas dia pulang seketika untuk berehat.
Jelasnya, anaknya dilihat sangat gembira apabila sedang menari bersama adik beradiknya dan menerima tetamu ketika majlis sedang berlangsung.
Setelah melalui hari yang panjang, dia telah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sebentar bagi berehat.
Pengantin wanita tersebut dikatakan telah menghubungi ayahnya setelah tiba di rumah namun 30 minit kemudian, dia telah menerima berita mengejutkan mengenai kematian anaknya itu.
Difahamkan pihak keluarga pengantin wanita masih terkejut dengan apa yang berlaku tetapi tetap berdoa semoga dia ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Tambah ayahnya, diharapkan agar almarhumah dipertemukan dengan syurga dan diberi ketabahan serta kesabaran untuk menanggung kehilangannya.
Sumber: Metro