Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Wanita Terkejut Dan Terus Hilang Selera Makan. Ini Sebabnya. | Seorang ibu terkejut, sebaik menjumpai seekor cacing di dalam jejari ikan yang dihidangkan kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun, lapor Daily Star.

Temui Cacing Dalam Jejari Ikan

Rona Lovell yang berumur 28 tahun, mendakwa jejari ikan tersebut dibeli di sebuah pasar raya di Skelton, North Yorkshire.

Ketika memotong salah satu daripadanya, dia telah ternampak bendasing berwarna hijau.

Menurut Rona, dia berasa terkejut dan hilang selera makan apabila menjumpai cacing bersaiz garfu dalam jejari ikan tersebut.

Rona berkata mereka amat menyukai jejari ikan dari jenama berkenaan, tetapi mereka tidak akan beli produk ini lagi.

Menurut Daily Star, Rona juga turut berkongsikan beberapa gambar yang menunjukkan seekor cacing yang ditarik menggunakan garfu.

Sementara itu, laman web Asda mengatakan bahawa jejari ikan sejuk beku itu mengandungi ikan pollock Alaska.

Kajian terbaru yang dilakukan di Brazil mendapati bahawa daripada 108 sampel fillet beku ikan pollock Alaska yang dibeli di São Paulo, hanya 18 tidak mengandungi sebarang parasit.

Mujurlah, proses pembekuan dan memasak ikan dengan betul dapat membunuh parasit, menurut Agensi Piawaian Makanan (FSA).

Oleh itu, Rona menasihati ibu bapa lain supaya berwaspada dengan makanan sejuk beku.

Rona juga menyatakan bahawa apa yang boleh Rona katakan ialah, walaupun mereka rasa produk itu bagus, lebih baik mereka memeriksa segala-galanya.

Rona bertambah lagi, mereka mungkin terlepas pandang seekor parasit atau cacing, tetapi mencarinya dalam makanan pembeli lain tidak begitu menarik untuk dilihat, terutamanya jika pembeli tersebut menghidangkannya kepada anak-anak.

Rona juga mengatakan bahawa dia telah menghubungi syarikat tersebut dan masih tidak mendengar sebarang maklum balas lagi.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

‘Kepala Ular’ Ditemui Dalam Makanan. Perkongsian Pramugara Ini Bikin LOYA

Seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal di Eropah terkejut apabila menemui kepala ular dalam hidangan yang disediakan dalam kapal terbang.

'Kepala Ular' Ditemui Dalam Makanan. Perkongsian Pramugara Ini Bikin LOYA

Menerusi laporan The Sun, penerbangan itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Dusseldorf dari Ankara, Turki.

Ketika bertugas, pramugara terbabit sempat merakam ‘objek’ seram itu dan berkongsi video tersebut secara dalam talian untuk mendapatkan respon segara daripada pihak syarikat penerbangan.

Ketika dia ingin membuka hidangan makanan tengah hari, alangkah terkejutnya apabila melihat kepala ular sedang merenung tepat ke arahnya.

'Kepala Ular' Ditemui Dalam Makanan. Perkongsian Pramugara Ini Bikin LOYA

Difahamkan, kes seperti itu pernah terjadi kepada kakitangan yang lain sebelum ini.

Lebih mengejutkan lagi apabila kakitangan sebelum ini pernah membuat aduan bahawa mereka menjumpai kumbang dan siput dalam hidangan makanan ketika sedang bertugas.

Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan terbabit menafikan dakwaan bahawa pihaknya menyediakan makanan yang tidak bersih.

Menurut syarikat itu, keutamaan mereka adalah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada para tetamu dan pekerja.

Hal ini kerana syarikat itu ingin tetamu dan pekerja mereka memiliki pengalaman penerbangan yang selesa dan selamat.

Tuduhan yang dilemparkan itu sama sekali tidak berasas dan tidak boleh diterima.

Oleh itu, siasatan terperinci akan dijalankan.

Sehingga siasatan selesai, semua langkah dan tindakan pencegahan termasuklah menghentikan bekalan produk berkaitan telah diambil serta-merta.

Dalam pada itu, pembekal makanan yang menyediakan makanan kepada syarikat penerbangan berkenaan menyatakan bahawa mereka menyediakan perkhidmatan makanan yang telah dimasak pada suhu 280 darjah celcius.

Menurut pembekal, kejadian seperti itu mustahil berlaku di dapur mereka.

Malah, syarikat penerbangan itu adalah pelanggan yang berharga di negara mereka dan ia merupakan salah satu syarikat penerbangan yang terkenal di Eropah.

Baru-baru ini, syarikat penerbangan itu membuat keputusan untuk mengembangkan lagi rangkaian.

Kata pembekal, mereka tidak menggunakan aapa-apa objek ‘asing’ yang tak sepatutnya berada dalam makanan ketika masak.

Disebabkan itu, penemuan kepala ular itu bukan berpunca daripada hidangan yang mereka sediakan.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply