Gambar² Budak Lelaki Ini Buat Ramai Orang TERHARU.

| January 6, 2019 | 0 Comments

Gambar² Budak Lelaki Ini Buat Ramai Orang TERHARU. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS – Media sosial di China telah tular dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang budak lelaki yang baru berusia 11 tahun sedang membantu ibunya membersihkan jalan. Tindakan mulia kanak-kanak itu telah menyentuh hati ramai terutama rakyat China sendiri.

Yang Pertama

Kanak-kanak tersebut, Long Guotao, 11, dirakam sedang membersihkan jalan di Kaili, China manakala ibunya sedang duduk di atas anak tangga yang tidak jauh dari situ.

Budak Lelaki

Menurut South China Morning Post, foto Guotao mula muncul di laman web Weibo pada sekitar Mac 2018 lalu dan gambarnya menjadi tular apabila ramai pengguna media sosial berkongsi gambar tersebut dan memuji apa yang dilakukan olehnya.

Anak Ibu

Ibu kepada Guotao, Wu Azhen memberitahu ThePaper.cn ketika di temu bual pada 3 Januari lalu bahawa anaknnya sentiasa membantunya melakukan kerja membersihkan jalan apabila kanak-kanak itu terlihat sahaja ibunya keletihan melakukan kerja.

“Dia benar-benar seorang anak lelaki yang bagus,” kata Wu. “Setiap hari saya perlu keluar pada jam 5 pagi untuk membersihkan jalan-jalan dan ketika saya selesai membuang semua sampah hari masih gelap. Anak kecil saya melihat saya apa yang saya lakukan adalah sesuatu yang sangat meletihkan jadi dia sering membantu saya.”

Sapu Sampah

Tindakan mulia si kecil ini bermula pada bulan Mac apabila Guotao dan ibunya yang sudah berusia 46 tahun itu memutuskan untuk bertemu di lokasi di mana mereka boleh membelikannya beg sekolah baru. Namun begitu, apa yang berlaku selepas itu membuatkan Wu terkejut apabila anak lelakinya muncul di tempat dia bekerja. Anaknya itu kemudian terus mengambil penyapu pada tangannya dan mula membersihkan jalan.

“Dia sering datang dan membantu saya. Jika dahulu dia akan selalu menghantar makanan kepada saya pada hujung minggu dan membantu saya membersihkan jalan sebelum dia pergi,” katanya.

“Kadang kala selepas dia selesai menyapu, dia juga akan membantu saya mengambil botol air dan kertas di atas tanah.”

Mak Anak

Walaupun apa yang dilakukan adalah sesuatu yang baik namun ibunya lebih suka dia menumpukan perhatiannya pada pelajarannya.

“Pencapaiannya kurang baik baru-baru ini. Saya tidak membenarkan dia datang dan membantu saya supaya dia boleh menghabiskan lebih banyak masa untuk belajar di rumah,” katanya.

PALING POPULAR BULAN INI .. JOM BACA !!

Tags: , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *