Sering Menjadi Viral, Ini Permintaan Hajar Damirin Buat Ramai TERHARU

| May 27, 2019 | 0 Comments

Sering Menjadi Viral, Ini Permintaan Hajar Damirin Buat Ramai TERHARU | Ekoran viral beberapa kisah tulisannya di media sosial, ini permintaan Hajar Damirin buat ramai terharu. Baca selanjutnya.

HAJAT UNTUK TERUS MEMBANTU MASYARAKAT

Selepas kisah Pakcik Hairuddin yang lebih dikenali sebagai “Pakcik Petronas Bukit Beruntung” yang pernah menjadi viral di media sosial pada awal tahun ini.

Hajar terus berhasrat untuk membantu lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan di luar sana.Dia tidak menyangka bahawa postingnya itu akan mendapat perkongsian sebanyak 6000 org rakyat Malaysia yang begitu prihatin terhadap nasib malang yang menimpa warga emas tersebut.

Sejak dari itu, hajar sering berkongsi kisah-kisah hidup masayakat di laman facebooknya dan antara perkongsiannya yang turut mendapat perhatian dari seorang Pengarah urusan AtoZ Solution, Tuan Ayeob ialah Kisah Hero Taiping, Abang Husin bin Kasim.

Hajar berkata, dia tidak pernah mengenali Tuan Ayeob sebelum ini namun berasa terharu kerana Tuan Ayeob menghubunginya dan menyatakan hasratnya untuk ke Taiping semata-mata untuk berjumpa dengan Abang Husin dan membantu untuk membela nasib beliau dan ibunya yang uzur.

“Definisi sebuah kegembiraan bagi diri saya bukanlah ketika saya memiliki wang yang banyak, tetapi ketika saya melihat nasib golongan yang malang ini terbela”. Ujar Hajar.

Hajar yang juga merupakan seorang consultant di Syarikat Tupperware Brands berharap masyarakat akan terus menyokongnya dalam usaha untuk membantu golongan-golongan yang bernasib malang di luar sana melalui penulisan dan perkongsian di media sosialnya. Boleh add friend beliau di FB Hajar Damirin.

Kredit : Facebook Hajar Damirin

Tags: , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *