10 Anggota Pembersih Lombong Maut Dalam Serangan Senjata Di Afghanistan

| June 10, 2021 | 0 Comments

10 Anggota Pembersih Lombong Maut Dalam Serangan Senjata Di Afghanistan | Seorang lelaki  bersenjata dan bertopeng dilaporkan telah menyerbu perkarangan organisasi pembersihan lombong di utara Afghanistan sebelum membunuh sekurang-kurangnya 10 pekerja dan mencederakan 16 yang lain menurut laporan media tempatan, baru-baru ini.

10 Anggota Pembersih Lombong Maut Dalam Serangan Senjata Di Afghanistan

Dikatakan tempat tersebut mempunyai lebih 110 pekerja di kem badan amal HALO Trust ketika itu di wilayah Baghlan pada waktu serangan pada Selasa malam.

James Cowan, ketua eksekutif organisasi yang berpusat di UK, memberitahu Al Jazeera bahawa lelakibersenjata itu ingin mencari orang tertentu dari kumpulan etnik tertentu.

Kemudian pada hari Rabu, kumpulan pemantau perisikan SITE mengatakan kumpulan bersenjata ISIS (ISIS) telah mengaku bertanggungjawab atas serangan itu walaupun sebelumnya, pemerintah telah menyalahkan Taliban atas serangan tersebut.

HALO Trust telah menyatakan bahawa pejuang Taliban benar-benar membantu mengakhiri serangan tersebut, yang berlaku ketika berpuluh-puluh periuk api ditanam di perkarangan itu setelah seharian menghabiskan masa untuk mencari senjata di kawasan terbabit.

Cowan berpandangan bahawa Taliban tempatan benar-benar membantu mereka dan Taliban sendiri telah menafikan tanggungjawab selain merasakan bahawa serangan terbabit melibatkan organisasi yang lain.

Seorang mangsa dilaporkan selamat serta memberitahu bahawa lima atau enam lelaki bersenjata menembusi dinding perkarangan dan mengumpulkan semua orang sebelum bertanya adakah terdapat ‘Hazara’ yang hadir namun tiada mangsa yang menjawab persoalan tersebut.

Dia mengatakan lelaki bersenjata itu kemudian meminta ketua kompaun untuk mengenal pasti dirinya, sebelum menembaknya mati.

Setelah itu, salah seorang dari mereka memberikan arahan untuk membunuh mereka semua, tambahnya. Ketika mereka melepaskan tembakan, semua mangsa dikatakan cuba berusaha untuk melarikan diri namun dikatakan ada yang terbunuh dan ada yang cedera akibat serangan terbabit.

Pertempuran antara Taliban dan pasukan pemerintah telah meningkat di seluruh Afghanistan – termasuk Baghlan – sejak 1 Mei, ketika tentera Amerika Syarikat memulakan penarikan pasukan terakhirnya di tengah jalan buntu dalam rundingan damai antara Kabul dan kumpulan bersenjata.

Sumber: AlJazeera

Tags: , , , , ,

Category: DUNIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *