13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Jitra, Kedah | Khalifah Media Networks – Jitra adalah sebuah bandar yang berhampiran dengan bandar Alor Setar. Jitra amat dikenali sebagai salah sektor pertanian yang penting bagi ekonomi tempatan. Walaupun Jitra ini popular dengan sektor pertaniannya tetapi siapa sangka, Jitra ini juga mempunyai kafe yang menarik untuk dikunjungi.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Jitra, Kedah ini.
1. KUPIRASI CAFE – KAFE
Anda buntu nak pergi kafe mana satu? Jangan risau, anda boleh ke Kupirasi Cafe ini. Kupirasi Cafe adalah salah sebuah kafe yang cukup berbaloi untuk anda cuba. Dikatakan kafe ini menghidangkan banyak jenis makanan yang cukup lazat. Rata rata pengunjung disini sangat lah berpuas hati dengan kualiti dan keaslian rasanya. Bukan setakat itu saja, kafe ini juga menyediakan suasana yang tenang. Memang best! Jadi, selamat mencuba!
Lokasi Kupirasi ini di 10, Taman Jitra Jaya, 06000 Jitra, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Sabtu pada 1 petang hingga 10 malam manakala Jumaat dibuka pada 3:30 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-5453433.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kupirasi/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kupirasi/
2. NENDA CAFE – KAFE
Sebut saja Nenda Cafe, pasti ramai sudah tahu akan kewujudan kafe ini. Nenda Cafe adalah salah satu kafe yang popular di kawasan Jitra ini dan menjadi port utama bagi yang ingin melepak. Anda pasti akan terpegun punya kerana terdapat bermacam macam jenis hidangan yang anda boleh dapatkan. Apa yang menarik lagi adalah saiz hidangan disini cukup besar dan mengenyangkan. Tambah tambah lagi kalau anda seorang big eater, memang puas hati. Harga yang ditawarkan pun cukup berbaloi.
Lokasi ini di N0 57-A, Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah dan dibuka pada hari Khamis hingga Selasa pada 3:30 petang hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-4493234.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nendacafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nenda_cafe/
3. KEKANDA CAFE JITRA – KAFE
Kalau tadi Nenda, sekarang Kekanda Cafe Jitra. Kekanda Cafe Jitra adalah salah satu kafe yang tidak kurang hebatnya. Kafe ini menyediakan bermacam macam jenis masakan Western yang mengiurkan dengan harga yang berpatutan. Antara menu yang anda boleh cuba disini ialah Spaghetii Aglio E Olio, Spaghetti Carbonara, Lemon Grass Tea, Caramel Iced Latte dan banyak lagi.
Lokasi ini di NO 40 GROUND FLOOR SUSURAN KOMPLEKS JITRA 2, 1, KOPLEKS PERNIAGAAN, Pekan Jitra 2, 06000 Jitra, Kedah dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-7555544.
FACEBOOK PAGE: https://www.instagram.com/kekandacafe_jitra/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kekandacafejitra
4. KLARITYKOPI. – KAFE
Anda seorang Coffee lover? Anda boleh ke Klaritykopi. ini. Klaritykopi adalah salah sebuah port yang best bagi penggemar kopi. Dikatakan aroma kopi disini boleh membuatkan anda jatuh hati. Ditambahkan pula dengan suasana kafe yang menawan dan selesa seolah olah berada di rumah. Makanan disini bukan sahaja sedap tetapi juga dihidangkan dengan baik. Mereka memastikan kualiti terjamin supaya pelanggan disini berpuas hati. Tak percaya? Anda boleh cuba rasai sendiri.Lokasi kafe ini di Kompleks Perniagaan, NO.26, Jalan KPJ 2/1, Pekan Jitra 2, 06000 Jitra, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 8 pagi hingga 6:30 petang manakala Jumaat dibuka pada 8 pagi hingga 12 tengah hari dan dibuka semula pada 3 petang hingga 6 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-6124512.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/klaritykopi/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kekandacafejitra
5. FLOURCROWN PATISSERIE CAFE – KAFE
Suka makan kek? Flourcrown Patisserie Cafe adalah tempat untuk anda. Kafe ini ada menawarkan bermacam macam jenis kek yang anda boleh cuba. Kek disini tidak lah terlalu manis, lembut dan sedap. Memang berbaloi. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik. Kafe ini amat lah sesuai bagi bersantai bersama kawan kawan ataupun berehat. Anda pasti akan suka punya.
Lokasi ini di Lot 10A, Persiaran Mahsuri, Taman Mahsuri, 06000 Jitra, Kedah dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-5587200.
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima kafe menarik di daerah Jitra ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Jitraini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!