13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Lumut, Perak | Khalifah Media Networks – Lumut, sebuah bandar yang bersetentangan dengan Pulau Pangkor. Bandar laut ini amatlah popular dengan tarikan pelancongan terutamanya melibatkan aktiviti laut. Oleh kerana bandar ini berdekatan dengan laut, Lumut ini popular dengan makanan laut yang segar dan lazat. Bukan setakat itu sahaja, bandar ini juga kafe kafe yang menarik untuk anda singgah.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Lumut, Perak ini.

 

1. 989 KOPI – KAFE

Kalau anda ada di Lumut, anda wajib singgah di 989 Kopi ini. Anda pasti akan suka punya lebih lebih kalau anda seorang Coffer Lover. Dikatakan 989 kopi adalah kafe terbaik dalam menghidangkan kopi di Lumut ini. Rata rata pengunjung pernah datang kesini memberikan reaksi dan feedback positif terhadap suasana, perkhidmatan dan hidangan disini. Dekat sini anda boleh dapatkan bermacam macam jenis makanan dan minuman, antaranya seperti Toast Kaya Bread, Rose Latte, Nasi Lemak, Caramel Latte Ice, Hazelnut Latte Ice, Caramel Macchiato Iced dan banyak lagi. Sedap pun sedap, harga pun berpatutan. Memang tak rugi lah orang kata. Oleh kerana kafe berkonsepkan minimalis, jadi kafe ini amat lah sesuai untuk lepak bersama kawan atau menenangkan diri. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi 989 kafe ini di Bangunan Taman Bandaran, Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 9 pagi hingga 12 tengah malam kecuali Jumaat dibuka pada 5 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-8058929.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/989kopi/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/989kopi/

 

2. LAMAN KARYA LUMUT – KAFE

Anda seorang yang sukakan kopi sambil ditemani oleh karya seni? Kalau jawapan anda “Ya”, maka Laman Karya Lumut adalah tempatnya. Kalau nak tahu, Laman Karya Lumut adalah salah satu kafe seni yang agak popular dalam kalangan penduduk setempat sebagai port makan malam dan juga melepak. Anda boleh cuba bermacam macam makanan dan minuman seperti Kuey Teow Goreng Crispy Chicken, Chicken Chop, Chicken Butter Fried Rice, Chocolate Croffle dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pun cukup berbaloi dengan saiz portion. Memang kenyang. Jadi sambil menjamu selera boleh menikmati suasana disini, memang terbaik!

Lokasi ini di Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, PerakJalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 017-8871887.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/LakarLumut/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lamankaryalumut/

 

3. L’ARCHE CAFE – KAFE

Tiba tiba perut berbunyi tapi nak vibes kafe? Jangan risau, anda boleh mengisi perut di L’Arche Cafe ini. Untuk pengetahuan anda, L’Arche Cafe adalah sebuah kafe bersaiz sederhana dimana di dalamnya terdapat banyak jenis makanan seperti Salad, Pasta, Western, Local dan juga banyak pilihan minuman. Anda pasti akan puas hati punya lah lebih lebih lagi perkhidmatan dan suasana disini juga mesra, tenang, selesa dan bersih. Bukan setakat itu sahaja, harga pun cukup berpatutan dengan portion yang ditawarkan. Memang puas. Hati gembira perut pun gembira. Selamat mencuba!

Lokasi kafe ini di No.701, Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 018-2787577.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Larche-Cafe-100063718295189/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/larchecafe_thearkcoffee/

 

4. KOPITOPEDIA – KAFE

Walaupun kafe ini kecil tidak sebesar kafe yang lain tapi siapa sangka, ia mampu memberikan pengalaman yang luar biasa! Lebih lebih lagi kalau anda seorang sukakan kopi. Dekat sini, mereka ada menyediakan tiga jenis minuman iaitu Coffee, Frappe dan juga Juice. Memang sedap. Rata rata pengunjung yang pernah datang kesini juga mengalu alukan orang ramai untuk mencubanya. Memang berbaloi. Jadi kalau anda ingin melepak bersama kawan atau seorang diri, boleh lah cuba disini. Tak rugi.

Lokasi ini di A188, 32200 Lumut, Perak dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 7:30 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-12322314.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/JuicyboxHQ/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kopitopedia.my

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Lumut ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Lumut ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply