13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Machang, Kelantan | Khalifah Media Networks – Machang, salah satu daripada 10 daerah yang terdapat di negeri Kelantan. Bandar Machang adalah bandar utama di daerah Machang ni. Kalau korang nak tahu, bandar ini mempunyai tempat makan best yang masih ramai tak tahu terutamanya kafe.
Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana? Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Machang, Kelantan ini.
1. KOPI KITA – KAFE
Kalau anda ada di Machang, anda wajib singgah di Kopi Kita ini. Untuk pengetahuan anda, Kopi Kita adalah salah sebuah kafe yang cukup popular dan viral sekitar Machang ini. Anda pasti akan terkejut punya. Dikatakan hiasan dalaman kafe ini cukup cantik mata memandang. Ditambah pula portion makanan yang cukup dan sedap! Memang puas lah makan lebih lebih lagi kalau anda seorang big eater. Antara menu yang anda boleh cuba ialah Nasi Buttermilk Chicken, Chicken Chop, Sea Aglio Olio, Grilled Chicken dan Salted Caramel. Dah lah sedap, harga yang ditawarkan pun cukup berpatutan. Tak percaya? Anda boleh rasai sendiri pengalamannya.
Lokasi ini di Kopi Kita 31 Shell Batu 31,Batu 31, 18500 Machang, Kelantan dan dibuka setiap hari pada 10:30 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-37473255.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kopikitamachang/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopikitamy/
2. WANPAKU CAFE & COFFEE – KAFE
Selain Kopi Kita, kafe satu ini tidak kurang hebatnya. Wanpaku Cafe & Coffee adalah salah satu kafe yang juga turut dikunjungi oleh penduduk sekitar Machang ini. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai pilihan makanan dan juga minuman yang bakal membuatkan anda terliur. Antara menu yang wajib anda cuba ialah Chicken Chop, Mac and Cheese, Bolognese Pasta Carbonara dan Masak Lemak Pasta. Pasti anda akan suka punya lebih lebih lagi perkhidmatan dan suasana disini cukup tip top. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi kafe ini di No 11 Bangunan Hadapan Terminal Bas Ekspres, 18500 Machang, Kelantan dan dibuka setiap hari pada 1 petang hingga 10 malam kecuali Jumaat pada 3:30 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-2336964.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/wanpakucoffeemachang/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/wanpakucoffee_machang/
3. KOPIOLOGY – KAFE
Anda seorang yang suka minat kopi? Kalau jawapan anda “Ya” maka, Kopiology adalah tempat untuk anda. Kalau nak tahu, Kopiology adalah sebuah kafe yang menyediakan bermacam jenis menu kopi yang menarik dan sedap untuk anda cuba. Rata rata pelanggan yang pernah kunjungi disini sangat berpuas hati dengan minuman yang ada disini. Bukan setakat sedap tapi harga pun cukup mampu milik. Apa yang menarik lagi, perkhidmatan dan suasana disini juga sangat lah friendly dan menenangkan. Memang sesuai lah untuk melepak bersama kawan atau tersayang. Nampak menarik bukan? Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi Kopiology ini di Pasar, No.7, Bangunan Baru Depan, 18500 Machang, Kelantan dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 10 malam kecuali Jumaat pada 3 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-63063048.
FACEBOOK PAGE: https://facebook.com/kopiology/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kopiology.my/
4. COFFEE PILLS – KAFE
Anda seorang yang suka tempat instagramable? Kalau jawapan anda “Ya”, maka Coffee Pills adalah jawapannya. Coffee Pills adalah sebuah hidden kafe yang masih ramai tak tahu lagi. Anda pasti akan suka kerana kafe ini sangat lah estetik dengan Industrial-Style. Bukan setakat tempat sahaja yang estetik malah cara persembahan makanan pun disusun cantik. Memang betul betul instagrammable! Jangan kalau anda ada sekitar Machang ini, jangan segan silu untuk mencubanya.
Lokasi Coffee Pills ini di Lot 753, Jalan Bakti, Bandar Machang, 18500 Machang, Kelantan dan dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 12 tengah hari hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 010-5070507.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Coffee-Pills-Cafe-100083339288993/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/coffee.pills.cafe/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@coffee.pills.cafe
5. THE CUTS & COFF – KAFE
Masih ragu ragu dengan kafe diatas? Jangan risau, anda boleh cuba singgah di The Cuts & Coff ini. Kalau nak tahu, The Cuts & Coff adalah sebuah kafe vintage yang masih ramai tak tahu lagi. Dikatakan dekat sini, terdapat bermacam jenis menu yang anda boleh dapatkan. Antaranya ialah Chic Grill, American Burger, Mini Croissant, Bluelemon, Moccha, Loaded Fries dan Buffalo Chicken. Memang best! Rata rata pengunjung disini pun, mereka berpuas hati dengan makanan disini. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!
Lokasi The Cuts & Coff ini di No.36 , Lot 3, Bangunan Tabung Haji, Pekan Machang, 18500 Machang, Kelantan dan dibuka setiap hari pada 12 tengah hari hingga 10 malam kecuali Ahad ditutup pada 11 malam dan Jumaat dibuka pada 3 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 09-9765736.
Sekarang ni, kami hanya jumpa lima kafe menarik di daerah Machang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Machang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!