13 Kafe Menarik Untuk Dikunjungi di Nibong Tebal, Pulau Pinang | Khalifah Media Networks – Nibong Tebal adalah salah satu bandar utama di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang. Seperti kebanyakan kawasan di Pulau Pinang, Nibong Tebal juga mempunyai warisan budaya dan sejarah yang kaya. Bukan itu sahaja, bandar ini juga mempunyai tempat makan best terutamanya kafe yang masih ramai tak tahu.

Anda mencari kafe untuk melepak bersama kawan kawan atau keluarga tersayang tapi tak tahu dekat mana?  Jangan risau, bagi memudahkan anda, kami bawakan kepada anda 13 senarai kafe menarik yang anda boleh kunjungi di Nibong Tebal, Pulau Pinang ini.

 

1.  THE COFFEE COTTAGE – KAFE

Anda seorang yang suka kopi dan juga tempat yang instagrammable? Kalau jawapan anda “Ya”, maka The Coffee Cottage adalah tempat  untuk anda. Kalau nak tahu, The Coffee Cottage adalah sebuah kafe viral dan cukup popular di kawasan Nibong Tebal, Pulau Pinang ini. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis hidangan yang anda boleh cuba seperti Waffle, Pie, Salted Egg Croissant, Coffee dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan pun cukup mampu milik dan sedap. Bukan setakat itu sahaja, kafe ini juga ada menawarkan beberapa spot untuk anda menangkap gambar.  Sememangnya instagrammable. Rata rata pengunjung disini pun mengesyorkan kepada orang ramai untuk rasai sendiri pengalamannya. Memang terbaik!

Lokasi kafe ini di 10, Lorong Belatuk 9, Taman Belatuk, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang dan dibuka pada hari Khamis hingga Selasa pada 11 pagi hingga 7 petang. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/The-coffee-cottage-100046810906969/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thecoffee.cottage/

 

2. RUMAH PUTEH – KAFE

Mencari kafe yang sesuai untuk seisi keluarga dan kawan? Anda boleh cuba ke Rumah Puteh ini. Anda pasti akan suka kerana vibe disini sangat best dan selesa ditambah pula dengan hidangan dari pelbagai cuisine yang sedap dan juga berkualiti. Claypot Beryani Kashmir Kambing atau Ayam, Claypot Kari Sembilang, Daging atau Ayam Bakar Thai, Dimsum, Gyoza dan Sangkaya adalah antara menu yang anda patut cuba. Sememangnya padu! Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi Rumah Puteh ini 60, Pintas Pipit 3, Taman Helang Jaya, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:  012-3299236.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@rumahputehnt/

 

3. RIZQIA CAFE – KAFE

Masih ragu ragu dengan kafe diatas? Jangan risau, kerisauan anda mungkin boleh diatasi di Rizqia Cafe. Dekat sini, mereka ada menyediakan bermacam macam jenis hidangan seperti makanan Western dan juga Local. Rata rata pelanggan yang pernah kunjung ke sini memberikan reaksi dan feedback positif dimana kesemua hidangan disini sangat sedap dan harga pun cukup berpatutan. Kalau anda ada dekat sini teringin nak makan nasi ayam, boleh lah cuba Hainanese Chicken Rice. Pasti anda akan menjilat jari kesedapan punya. Tak percaya? Anda boleh cuba rasainya sendiri pengalamannya.

Lokasi kafe ini di 15, Lorong Bukit Panchor, Taman Belatuk, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Khamis pada 2 petang hingga 11:30 malam kecuali Jumaat dibuka pada 3 petang. 

 

4. KAFE CHEF JALANAN AKMAL – KAFE

Kalau anda ada dekat area Nibong Tebal ini, boleh lah cuba singgah di Kafe Chef Jalanan Akmal ini. Untuk pengetahuan anda, Kafe Chef Jalan Akmal ini adalah sebuah kafe yang menarik untuk anda cuba kerana suasana dan perkhidmatan disini cukup bersih, selesa dan peramah. Memang seronok lagi lagi nak menenangkan diri. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis menu yang anda boleh cuba. Antaranya ialah Nasi Goreng Chicken Chop, Pasembor, Air Teh Cincau, Kek dan banyak lagi. Nampak menarik bukan? Jadi, ayuh mengimarahkan kafe ini.

2307, Lorong Seri Emas 1, Taman Seri Emas, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Ahad pada 4 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di  011-11328744.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/chefjalananAkmal/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat kafe menarik di daerah Nibong Tebal ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan kafe best di Nibong Tebal ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply