13 Tempat Makan Best Sarapan di Bachok, Kelantan | Bachok terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban dan chak. Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud nipah. Kalau korang datang ke sini korang boleh singgah.
Sementara berehat di Bachok sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Bachok? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Bachok yang anda harus cuba.
1. MOK YOH POK KOB GULAI SERATI & AYAM KAMPUNG – SARAPAN
Korang kalau datang ke Bachok, nak cari kedai breakfast yang famous dan sedap korang boleh datang ke sini. Semua menu sarapan pagi mereka sangat sedap dan selalu soldout awal. Antara menu yang ada dekat sini ialah nasi putih, aneka lauk, pelbagai jenis gulai, ayam kampung dan banyak lagi.
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini semua bagi review yang memuaskan. Korang wajib singgah ke sini kalau korang datang ke sini. Ini adalah salah satu kedai sarapan pagi di Bachok yang terkenal.
Jika anda dan keluarga ingin datang untuk mencuba makanan disini. Lokasi restoran ini terletak di Kubang Golok, 16150 Bachok, Kelantan. Waktu operasi pada setiap hari , pada jam 7 pagi hingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-1071 4727 atau boleh terus email di [email protected].
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mokyohpokkobgulaiserati/
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/mokyohpokkobgulaiayamkgserati/
2. ARM CAFE – SARAPAN
Kalau nak cari port breakfast yang ringan-ringan je dan nak breakfast aneka roti bakar korang boleh datang ke Arm Cafe ni. Mereka ada sediakan pelbagai jenis roti bakar yang boleh buat korang repeat. Antara menu roti bakar yang bestseller dekat sini ialah roti bakar kaya, roti bakar leleh, roti titab, nasi lemak, kuih-muih dan banyak lagi. Roti yang mereka gunakan sangat lembut dan garing di tepi. Harga pon murah dan berbaloi dengan kesedapannya. Ini adalah kedai sarapan pagi yang best dan famous di Bachok.
Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di 16050, Simpang 4 Trafic Light Beris Kubur Besar, 16050 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Selasa, pada jam 7 pagi hingga 1 tengah hari. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-941 9291.
3. KEDAI MAKAN POKYA – SARAPAN
Korang nak cari kedai sarapan pagi yang ada nasi berlauk? Korang boleh datang ke kedai makan Pokya ni. Kedai ni telah lama dibuka dan mendapat sambutan yang hangat oleh penduduk di kawasan Bachok ni. Mereka ada sediakan pelbagai jenis lauk yang sedap dan panas-panas seawal 7 pagi. Kawasan kedai yang luas dan selesa, pasti korang akan puas hati. Bolehlah ajak kawan dna keluarga korang datang ke sini untuk cuba breakfast kat sini. Kalau korang nak tahu, kedai makan pokya ni adalah salah satu kedai sarapan pagi yang best di Bachok.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 16300 Bachok, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi hingga 3 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-964 1084.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Bachok ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !