13 Tempat Makan Best Sarapan Di Besut, Terengganu | Asal usul nama Besut ialah kawasan ini dahulu pernah diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.
Sementara berehat di Besut sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Besut? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Besut yang anda harus cuba.
1. ADAM CAFE – SARAPAN
Adam Cafe ini adalah salah satu cafe breakfast yang popular dekat Besut. Iainya dibuka sejak tahun 2016 dan masih beroperasi hingga kini. Konsep cafe mereka ala-ala zaman dulu. Macam retro dan aesthetic sikit. Bagi yang suka ootd sesuai lah untuk korang. Antara menu breakfast yang ada dekat sini ialah English breakfast, roti titab, roti canai, roti telur, nasi lemak, pelbagai jenis kopi dan banyak lagi. Ajaklah kawan-kawan korang datang breakfast kat sini.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di NO 53, Jalan Pasar Lama, Kampung Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-985 8222.
FACEBOOK PAGE: https://www.instagram.com/adamcafe_/
2. FDL ROTI BAKAR KAYU ARANG – SARAPAN
Sini specialists dengan roti bakar. Roti bakar mereka dibakar guna kayu arang. Rasa yang sangat istimewa dan sedap. Garing dan crispy di luar dan lembut di dalam. Selain roti bakar mereka juga ada sediakan menu lain seperti nasi lemak aneka lauk, nasi kerabu, nasi dagang, laksam, kuih-muih dan banyak lagi. Harga menu makanan mereka sangat murah dan berbaloi dengan kesedapan makanan mereka.
Rancang nak datang ke sini hujung minggu ni dengan keluarga? Lokasi kedai ini terletak di kg raja, 22200 Kampung Raja, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-346 9601.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/FDL-roti-bakar-dapur-arang-100063949544085/
3. NASI DAGANG HARI MINGGU – SARAPAN
Bagi penggemar nasi dagang korang wajib singgah ke sini kalau datang ke Besut. Mereka sajikan menu sarapan nasi dagang yang sangat sedap dan mampu buat korang terliur. Dekat sini, ada juga menu lain seperti nasi kerabu, laksam, laksa, kuih akok, pulut dagang, roti canai dan aneka pilihan lauk yang boleh dimakan dengan dengan nasi dagang dan nasi kerabu.
Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 84, Kampung Kuala Besut, 22200 Besut, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Sabtu pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda sebarang pertanyaan, boleh hubungi di no tel: 013-906 9239.
4. NASI LEMAK CEK NIE – SARAPAN
Kalau korang datang ke Besut, dan nak cari nasi lemak yang sedap boleh datang ke Nasi Lemak Cek Nie. Nasi lemak mereka korang boleh pilih nak makan dengan lauk apa. Semua sedap belaka dan panas-panas. Harga sudah tentu sangat murah dan rahmah. Harga kampung je.. Korang bolehlah ajak kawna dan keluarga kornag try breakfast dekat sini ye.
Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 102, Jln Besar, Kampung Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 9.30 malam. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi di no tel: 019-994 2792.
Buat masa ini kami hanya jumpa 4 tempat makan best sarapan di kawasan Besut ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !