13 Tempat Makan Best Sarapan Di Bukit Katil, Melaka | Kalau korang nak tahu, nama Bukit Katil berasal daripada penemuan batil emas di bukit terbabit sekali gus membawa kepada terciptanya nama Bukit Katil, sempena gabungan antara “bukit” dan “batu” yang didakwa berbentuk seperti katil, di mana batil itu telah ditemui.
Mereka yang suka food hunting tu boleh datang ke sini dan cuba pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba sarapan best dan menarik dekat daerah Bukit Katil tapi tak tahu kat mana? Berikut adalah senarai tempat makan best untuk anda sarapan dekat Bukit Katil, Melaka.
1. KACANG POOL HAJIJIE – SARAPAN
Ini adalah salah satu warung sarapan pagi yang famous dekat Bukit Katil ni. Ramai pengunjung datang ke sini tak kira hujung minggu atau hari biasa. Warung ini sentiasa penuh dengan pengunjung. Dekat sini, mereka ada sediakan menu breakfast seperti roti titab, mee kuah, mee kari, roti canai, roti sarang burung, kacang pool yang istimewa dan banyak lagi. Kacang pool adalah menu wajib bagi pengunjung yang datang ke sini untuk mencuba.
Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Tun Kudu, Bukit Katil Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis pada pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-635 3635.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KacangPhoolHajijieOfficial/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kacang_phool_hajijie/?hl=en
2. WARUNG ROTI CANAI 50 SEN – SARAPAN
Korang yang mana rasa nak save duit tu, bolehlah datang ke warung roti canai ni. Semua roti canai mereka hanya 50 sen sahaja. Walau hanya 50 sen tetapi roti canai mereka sangat sedap dan garing. Menjadi kegemaran pengunjung dan warga Bukit Katil ni.
Selain roti canai mereka juga ada menu lain seperti roti titab, roti telur, nasi lemak, bakso, lontong, soto nasi dan banyak lagi. Korang kalau dah bosan asyik breakfast tempat yang sama boleh datang ke warung ni.
Bercadang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 75450 Bukit Katil, Malacca. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis dan Jumaat pada pukul 6.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-645 9930.
3. WARUNG CAUN – SARAPAN
Warung Caun ini juga adalah salah satu warung sarapan pagi yang mendapat sambutan yang hangat untuk breakfast. Kalau korang nak tahu warung ni mendapat rating yang tinggi dekat Google. Pengunjung yang datang pon bagi review dan komen yang memuaskan dan best. Harga pon murah dengan portion yang diberikan oleh mereka.
Bercadang nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 13891, Jalan Bukit Katil – Duyong, Kampung Tengah, 75460 Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 8 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 017-203 7754.
Buat masa ini kami hanya jumpa 3 tempat makan best sarapan di kawasan Bukit Katil ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !