13 Tempat Makan Best Sarapan Di Jempol, Negeri Sembilan | Jempol merupakan satu daerah di Negeri Sembilan yang famous dengan makanan yang sedap-sedap dan best. Korang kalau datang ke sini dan lapar tak tahu nak breakfast dekat mana, bolehlah datang dan cuba dekat kedai-kedai sarapan pagi ni.

Korang kalau nak breakfast yang best-best dan sedap dekat Jempol tapi tak tahu kat mana. Di bawah kami ada senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Jempol, Negeri Sembilan.

 

1. SRI SANTAI – SARAPAN

Sri Santai merupakan port breakfast yang viral dekat Jempol, Negeri Sembilan. Dekat sini mereka menyediakan pelbagai jenis menu sarapan pagi yang boleh anda rasa. Antaranya ialah, nasi lemak, pelbagai jenis breakfast set, roti canai, roti paratha, roti jala, roti titab, nasi berlauk juga ada kat sini. Korang boleh cuba singgah kat sini kalau dah lalu tu.. Pasti puas hati punya….

Merancang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Belakang Balai Bomba Bahau Pekan, 72100 Bahau, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 3.30 petang. Kalau anda ada pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel:  019-449 6803.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungsantaiBahau/

 

2. SIMPANG FELDA RAJA ALIAS 3 – SARAPAN

Warung ni merupakan warung kampung sarapan pagi yang famous dekat Jempol ni. Korang boleh dapat pelbagai jenis sarapan pagi dekat sini. Antara yang bestseller dekat sini ialah roti canai kari kambing, roti telur, roti titab, aneka nasi lemak, soto, teh ais padu dan banyak lagi. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini pasti akan repeat lagi datang breakfast kat sini.

Berminat ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 10, Bandar Baru Serting, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi sehingga 12 tengah hari.

 

3. NASI LEMAK HIJAU NOBITA – SARAPAN

Nasi Lemak Hijau Nobita ini merupakan restoran yang famous dengan nasi lemak hijau mereka. Mereka menyajikan nasi lemak hijau mereka dengan telur rebus dan ayam goreng berempah panas-panas. Korang wajib singgah dan cuba nasi lemak hijau dekat sini. Kalau korang nak try menu lain pon ada jugak, macam roti canai, bubur ayam, roti titop, mee kari dan banyak lagi.

Ingin datang pada hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di MEDAN NIAGA, 107, Jalan Dato Jempol, 72100 Bahau, Negeri Sembilan. Kedai ini beroperasi pada setiap kecuali hari Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  017-876 2696.

 

4. HAILAM KOPITIAM – SARAPAN

Ini juga merupakan salah satu port breakfast yang famous dan ramai dengan pengunjung terutamanya hari minggu. Berkonsepkan kopitiam, Hailam kopitiam menyajikan menu sarapan pagi seperti roti telur, roti titab, telur separuh masak, kopi o panas, set english breakfast style dan banyak lagi. Kedai mereka juga besar dan selesa untuk korang bawa keluarga atau kawan yang ramai. Sesuai juga untuk buat gathering ramai-ramai.

Berminat ingin datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di No. 11, Jalan Kiara, Negeri Sembilan, 72100 Bahau. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 9 pagi sehingga 10 malam. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 06-454 1176.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat sarapan terbaik di daerah Jempol ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin menambahkan tempat anda ke dalam daftar ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Jempol. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply