Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

13 Tempat Makan Best Sarapan Di Johor Bahru, Johor | Johor Bahru merupakan bandaraya kedua terbesar dan pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi sekitar 1,711,191 juta orang di kawasan Pusat Bandaraya sahaja. Disebabkan kepadatan penduduk di sini, terdapat banyak kedai-kedai makan yang best telah dibuka di sini.

Datang ke Johor Bahru tak tahu nak sarapan pagi kat mana? Usah pening kerana kami akan bantu anda memilih beberapa kedai yang best.  Di bawah kami senaraikan 13 tempat makan best untuk anda sarapan pagi yang boleh anda singgah kalau anda melawat Johor Bahru, Johor.

 

1. PONDOK SANTAPAN LARKIN – SARAPAN

Pondok Santapan Larkin ini kalau tanya dekat orang Johor Bahru pasti semuanya tahu. Ini merupakan kedai breakfast yang sangat popular di Johor Bahru dan telah lama diusahakan. Kedai mereka sangatlah luas dan selesa. Korang tak perlu risau kalau datang tak de tempat duduk.

Antara menu yang terdapat kat sini ialah roti jala dengan kari, roti puri dengan kari atau gulai, lempeng dengan sambal ikan bilis, mee bandung, mee rebus, lontong dan pelbagai lagi yang korang boleh cuba kat sini. Kedai ini juga mendapat rating yang sangat tinggi dekat Google.

Teringin nak mencuba breakfast di restoran ini? Lokasi kedai ini terletak di No. 8, Jalan Puyuh Larkin Jaya, Larkin, 80350, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-745 0560.

 

2. DAPO TOKMA – SARAPAN

Dapo Tokma merupakan salah satu port breakfast yang viral di media sosial dan mendapat sambutan yang hangat oleh pengunjung dari Johor Bahru mahupun luar Johor Bahru. Di sini, menu yang boleh korang cuba ialah lontong, lontong darat, nasi lemak aneka lauk, roti canai dan banyak lagi. Kawasannya yang luas membuat anda senang untuk parking. Suasana kedainya pon tenang dan bersih. Sesuai untuk bawa family breakfast kat sini.

Ingin berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di 65, Jalan Orkid Utama, Taman Orkid, 81200 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  011-2885 6448 atau boleh terus email di [email protected].

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/dapotokma/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/DAPO-TOKMA-100083014164557/

 

3. WARUNG SAGA – SARAPAN

Warung saga merupakan salah satu port breakfast yang popular dekat Johor Bahru ni. Dibuka sejak tahun 1986 dan makanan di sini dibuat dan diwarisi dari nenek moyang membuat makanan tersebut terasa sama seperti dahulu dan tidak berubah.

Antara menu yang best kat sini ialah lontong, mee rebus, mee bandung, roti canai, roti john, nasi lemak dan banyak lagi. Harganya yang sangat murah. Rata-rata pengunjung yang datang berpuas hati dengan servis dan layanan mereka di warung ini.

Berminat untuk berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di 5, Jalan Mahmoodiah, Kampung Mahmoddiah, 80100 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 2.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh berhubung di email [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Warongsaga/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warung_saga/

 

4. RESTORAN KACANG POOL HAJI – SARAPAN

Bagi penggemar kacang pool, restoran ada menyediakan kacang pool yang lazat dan sedap. Restoran ini merupakan restoran yang sangat popular untuk sarapan pagi. Menu bestseller di sini ialah laksa Johor, mee bandung, lontong, kacang pool dengan roti bakar, kopi o pekat dan banyak lagi. Kacang yang digunakan untuk membuat kuah kacang pool adalah merupakan kacang yang mahal. Korang kena datang untuk mencuba menu sarapan pagi mereka yang menyelerakan.

Berminat untuk berkunjung ke sini tapi tak tahu dekat mana? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Sabar, Taman Dato Onn, 80350 Johor Bahru, Johor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  013-737 7997.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restorankacangpoolhaji/

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Johor Bahru ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca, jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain jugak ye!

Share.

Leave A Reply