13 Tempat Makan Best Sarapan Di Klebang, Melaka | Klebang adalah sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak dengan Tanjung Kling. Klebang terdapat kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil. Klebang adalah bahagian Melaka Tengah yang terletak di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang.
Mereka yang suka food hunting tu boleh datang ke sini dan cuba pelbagai hidangan yang ditawarkan. Teringin nak mencuba sarapan best dan menarik dekat Klebang tapi tak tahu kat mana? Berikut adalah senarai tempat makan best untuk anda sarapan dekat Klebang, Melaka.
1. WARUNG HAJJAH ROBIAH – SARAPAN
Warung ini adalah warung sarapan pagi yang famous dekat Klebang. Dekat sini terdapat aneka juadah sarapan yang boleh korang cuba. Antara yang korang boleh try kat warung ni ialah lempeng kelapa, satay, roti canai, nasi lemak, lonotng, lontong darat, roti jala dan banyak lagi. Kalau pergi melawat Klebang bolehlah korang datang singgah breakfast kat sini.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di 3123C, Jalan Limbongan, Kampung Kolam Limbongan, 75250 Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-906 4790.
2. WARUNG KOPI MANGGIS ROAD – SARAPAN
Ini adalah port breakfast yang wajib korang singgah kalau datang ke Klebang. Warung ni terkenal dengan air kopi mereka yang sangat pekat dan piauww!! Kopi mereka menjadi menu bestseller dekat warung ni. Selain kopi, roti sarang burung, roti telur goyang, nasi lemak ayam, roti canai banjir juga ada dekat warung ni. Semua makanan diorang sedap-sedap. Korang patut datang dan cuba. Banyak pengunjung yang datang recommend tempat ni dekat orang luar.
Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 71, Jalan Kampung Baru, Taman Gembira, 75200 Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 016-527 5217 atau boleh email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warongkopimanggisroad/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warongkopimanggisroad/?hl=en
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@warongkopimanggisroad
3. PAK LAN CORNER – SARAPAN
Pak Lan corner ni adalah salah satu warung yang popular juga di kalangan penduduk Klebang. Kat sini terdapat banyak menu yang korang boleh cuba. Antara menu yang ada dekat sini ialah mee kari, nasi lemak, roti titab, roti telur goyang, soto, lontong dan banyak lagi. Restoran mereka sangat bersih dan sangat luas dan selesa untuk korang bawa family yang ramai.
Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di T10, Jalan Pantai Emas 1, Taman Pantai Emas, 75200 Melaka. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 3 petang. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 016-754 7564.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/paklan.corner/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/paklan.corner/
Buat masa ini kami hanya jumpa 3 tempat makan best sarapan di kawasan Klebang ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !