13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kuala Kangsar, Perak | Kuala Kangsar merupakan sebuah bandar yang kaya akan sejarah dan warisan di negeri Perak, Malaysia. Masjid Ubudiah juga menjadi daya tarik utama. Masjid ini terkenal dengan kubah emasnya yang indah dan dianggap sebagai salah satu masjid paling cantik di Malaysia. Selain terkenal dengan warisan sejarah dan budaya, Kuala Kangsar juga terdapat banyak tempat sarapan best yang boleh korang kunjung sekiranya anda datang ke sini.
Sementara berehat di Kuala Kangsar sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Ipoh? Berikut merupakan tempat makan best di Kuala Kangsar, Perak yang anda harus cuba.
1. BREAKFAST BY THE RIVER – SARAPAN
Jika korang nak sarapan pagi berviewkan Sungai Perak, kedai ini merupakan kedai yang wajib korang kunjung. Breakfast By The River terletak di tepi tebing Sungai Perak yang membuatkan ramai pengunjung datang untuk mencuba menu sarapan pagi mereka. Antara menu yang popular di sini ialah semestinya nasi lemak mereka dan nasi kerabu. Nasi lemak turun temurun mereka menjadi kegemaran semua pengunjung yang datang ke sini. Selain nasi lemak dan nasi kerabu terdapat juga menu lain seperti roti bakar, roti telur, roti bom kuah kari dan banyak lagi.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Batu 29, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Khamis pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-668 5060 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/bbtrkk/
2. SELERA KAMPUNG BENDANG PANJANG – SARAPAN
Meja-meja di warung ini terletak di bawah pohon-pohon getah yang rendang. Oleh itu, suasana di sini sangatlah santai dan tenang. Menu yang ditawarkan di sini ialah hidangan-hidangan istimewa dengan beragam pilihan lauk.Makanan dan minuman di sini benar-benar menggugah selera pada pandangan pertama. Antaranya ialah cendol dan jagung leleh yang disajikan dengan lapisan aiskrim di atasnya, fuhh anda wajib mencuba cendol mereka.
Rata-rata pelanggan memberikan pujian pada hidangan yang disajikan. Terdapat juga hidangan-hidangan unik yang lain seperti susu unta, roti kahwin, dan nasi goreng ikan rebus, yang patut anda dicuba. Harganya pun sangat terjangkau!
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Jln Sultan Iskandar Shah, Kampung Bendang Panjang, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 7 pagi sehingga 5 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:016-411 4015 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/selerakampungkk/?locale=ms_MY
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/selerakampung_bp/
3. WARONG NASI LEMAK KAK ZU – SARAPAN
Warong nasi lemak kak zu terletak bertentangan dengan tapak pasar malam hari Sabtu. Antara menu sedap dan menarik di sini ialah nasi lemak kerang, mee kari kerang, kuey teow kerang, nasi lemak rendang dan banyak lagi yang perlu anda datang dan mencuba sendiri. Harganya juga sudah pasti murah dan rahmah. Tunggu apa lagi, ajak rakan- rakan dan keluarga anda datang ke warong ini untuk mencuba menu sarapan pagi mereka yang sedap dan menggugah selera.
Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di 74, Jalan Dato Sagor, 33000 Kuala Kangsar, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 6.30 pagi sehingga 1.30 hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 012-400 5036.
Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Kuala Kangsar ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !