13 Tempat Makan Best Sarapan Di Kuala Terengganu, Terengganu | Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.

Sementara berehat di Kuala Terengganu sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Kuala Terengganu? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Kuala Terengganu yang anda harus cuba.

 

1. NASI DAGANG ATAS TOL – SARAPAN

Nasi dagang atas tol ni adalah salah satu port breakfast yang sangat popular dan viral di Kuala Terengganu. Dekat sini mereka ada sediakan menu sarapan seperti nasi dagang, teh ais madu, green tea padu, nasi kerabu, roti canai, roti telur, roti sarang burung, laksam, laksa dan banyak lagi. Restoran ini ada 4 cawangan yang telah dibuka.

Jika anda ingin berkunjung ke sini, lokasi restoran ini terletak di Hadapan Surau Tanah Lot, Kg, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu pada pukul 6.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di no tel:  013-984 7846.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasidagangatasto/?locale=ms_MY

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nasidagangatastol/

 

2. ADILROTI – SARAPAN

Adilroti ada pelbagai jenis roti yang di hidangkan untuk korang sarapan pagi. Dari roti goyang, roti gulung, kebab, syawarma, kambing bakar yang penuh dengan rasa rempah ratus dan yang terbaru ROTI DENASOR!! Semestinya akan terpesona. Hampir 40 jenis menu roti untuk di hidangkan. Sesuai untuk semua golongan umur dan peringkat. Penggemar roti boleh cuba datang sini. InsyaAllah mereka tak akan kecewakan anda…

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Kios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 7.45 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 010-560 3700.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/adilroti16/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/adilroti/

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@adilroti

 

3. FAUZI NASI KERABU @ SUERASA NASI KERABU – SARAPAN

Bagi yang suka nasi kerabu korang boleh singgah breakfast kat sini. Nasi kerabu mereka sangat sedap dan korang boleh pilih nak makan dengan lauk apa. Harga pon sangat berbaloi dengan portion yang banyak tu. Korang memang wajib singgah ke sini kalau datang ke Kuala Terengganu. Lagi-lagi yang suka makan nasi kerabu tu.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Ladang Padang Cicar, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 6.30 pagi sehingga 1 tengah hari. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  012-987 9821.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/fauzinasikerabu/

 

4. KEDAI KOPI BURUK – SARAPAN

Konsep barangan lama dan antik mencetuskan idea buat dua beradik ini untuk buka sebuah kedai makan dengan konsep klasik. Dekat sini pelbagai menu sarapan yang boleh korang dapat dan cuba. Antaranya ialah roti bakar mentega, roti telur goyang, mee udang, bakso, laksam, soto, laksa, nasi lemak, aneka kuih-muih dan banyak lagi. Tunggu apa lagi, jom ajak kawan dan keluarga korang datang breakfast kat sini.

Bercadang ingin berkunjung ke sini? Lokasi kedai ini terletak di 523, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Beruas, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Jumaat pada pukul 9 pagi sehingga 11 malam.

TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kedaikopiburuk 

 

5. MURTABAK HIJRAH MAT NONG – SARAPAN

Penggemar murtabak korang nak rasa murtabak yang paling sedap dan viral kat Kuala Terengganu?? Boleh datang ke warung murtabak hijrah mat nong. Murtabak mereka sangat special dan mereka guna resepi turun-temurun dari arwah nenek moyang mereka.

Selain murtabak mereka juga ada sediakan menu lain seperti roti sarang burung, roti canai, nasi lemak, roti john, roti john cheese, aneka kuih-muih dan sebagainya. Korang nak cuba tempat baru untuk breakfast, boleh datang ke sini.

Bercadang ingin datang ke sini? Lokasi kedai ini terletak di Gong badak 21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa pada pukul 7 pagi sehingga 11 pagi. Kalau anda ada soalan atau anda ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 019-906 7443.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Murtabak-Hijrah-Mat-Nong-100038813270270/

 

Buat masa ini kami hanya jumpa 5 tempat makan best sarapan di kawasan Kuala Terengganu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau nak premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsi ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply