13 Tempat Makan Best Sarapan Di Putrajaya | Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Sebabkan ini, pembangunan pusat pentadbiran ini telah jalankan dengan sebuah falsafah yang unik yang seharusnya jadi tumpuan bagi masyarakat untuk mereka terokai.

Sebagai pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, pasti banyak makanan yang menarik boleh didapati. Khalifah Media Networks ada buat senarai ini. Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Putrajaya? Di bawah adalah 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Putrajaya yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.

1. UMAI CAFE – SARAPAN

Pertama, Umai Cafe sajikan makanan tradisional tempatan seperti Cucur Udang, Jemput Pisang ‘cekodok’, Lempeng Kelapa, Laksa, Mee Kari, Mee Rebus. Thai’s Food, & Western. Kalau korang nak tengok menu mereka yang lain, korang boleh tekan link ini https://umaicafe.my/ .

Harga di sini juga sangat murah dan rahmah. Layanan pekerja mereka juga mesra dan servis mereka cepat dan laju. Anda wajib singgah ke sini untuk cuba menu breakfast mereka sekiranya anda datang ke Putrajaya.

Teringin untuk bersarapan pagi di sini? Lokasi kedai ini terletak di Bangunan ANJUNG Alaf BARU, 62675, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 9 pagi hingga 10 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin buat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 013-350 8121 atau boleh terus email di [email protected].

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/umaicafeofficial/?hl=en

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Umai-Cafe-The-Lake-Garden-Cafe-100063630129656/

2. EKUES CABIN CAFE – SARAPAN

Kedua, Ekues Cabin Cafe terletak di tepi Taman Ekuestrian Putrajaya. Anda boleh nikmati breakfast sambil melihat kuda. Di sini, terdapat menu sarapan pagi seperti nasi lemak, roti bakar, beef strips croissant, donut, bagel dan banyak lagi. Mereka juga ada sediakan coffee dan desserts bagi yang nak makan makanan manis pada waktu pagi.

Menurut pengunjung yang datang ke sini, ini adalah salah satu kafe terbaik yang pernah mereka kunjungi. Menu yang banyak dengan harga yang berpatutan, tambah pula dengan view yang indah dan suasana yang tenang, buat tempat ini jadi destinasi yang wajib bagi para pecinta kafe untuk mereka singgah.

Ada masa lapang hujung minggu ini? Lokasi kedai ini terletak di Ekues Cabin Cafe, Taman Ekuestrian, Jalan Kandang Kuda, Presint 5, 62000 Putrajaya. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin buat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 010-299 1789.

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/ekuescabincafe/

3. ORE KAMPUNG – SARAPAN

Ketiga, Restoran Ore Kampung terdapat aneka hidangan untuk pilihan sama ada sarapan pagi,makan tengahari atau makan malam. Restoran ini juga sajikan makanan sarapan pagi original dari Kelantan dan Terengganu.
Antara menu yang selalu soldout awal di sini ialah Nasi Dagang Terengganu, Nasi Kerabu Ikan Celup Tepung, Nasi Kerabu Ayam Goreng, Roti Omelette, Roti Kukus, Roti Telur Goyang dan banyak lagi. Rata-rata pengunjung kata yang harganya agak mahal sedikit tetapi sedap. Korang kalau nak datang, pastikan datang awal kalau tak nak kena beratur. 

Berminat untuk kunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di no. 14, Jalan P8 G/1, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi hingga 5 petang. Sebarang soalan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 016- 332 1606.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/retorekampung/

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Putrajaya ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply