13 Tempat Makan Best Sarapan Di Rompin, Pahang | Rompin merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini mempunyai keluasan 5,246 kilometer persegi dan merupakan antara daerah yang terbesar di Pahang. Rompin juga terkenal dengan makanan laut yang segar dan ramai pengunjung dari luar Rompin datang ke sini untuk mencari makanan laut. Korang kalau datang ke Rompin wajib untuk sarapan di sini.

Nak sarapan tapi tak tahu kat mana?Apa kata anda cuba berkunjung ke port-port breakfast di Rompin untuk mencuba makanan di sana. Tapi dimana nak cari tempat makan best tersebut? Berikut merupakan senarai beberapa port sarapan yang best di Rompin, Pahang yang boleh anda singgah.

 

1. ANUAR NASI DAGANG – SARAPAN

Anuar Nasi Dagang merupakan salah satu kedai sarapan pagi di Rompin yang mendapat sambutan yang hangat oleh pengunjung dan pelancong yang datang ke Rompin ini. Menyajikan menu sarapan pagi berasakan makanan pantai timur seperti nasi dagang yang merupakan menu bestseller di kedai mereka.

Selain itu, mereka juga ada menyediakan menu sarapan yang lain seperti roti canai, roti telur, roti bakar, roti titab, nasi lemak dan banyak lagi. Korang patut datang ke sini untuk mencuba menu sarapan pagi mereka yang menarik.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di F10, Simpang Sepayang, 26800 Kuala Rompin, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel:  010-925 1060.

 

2. ROTI CANAI LEJEN HAJI YUSOF – SARAPAN

Bagi yang suka breakfast roti canai pada waktu pagi anda perlu singgah di kedai roti canai lejen haji Yusof ini. Kedai ini merupakan kedai roti canai yang paling lama dan popular di Rompin. Roti canai mereka disajikan dengan kuah kari kambing yang pekat dan mantap.

Rata-rata pengunjung dari luar selalu singgah di sini bagi mencuba roti canai mereka. Terdapat menu lain juga dekat sini antaranya ialah nasi lemak, roti telur, teh ais padu, kuih muih dan banyak lagi. Kedai ini terletak di tepi jalan dan mudah untuk anda cari.

Ingin berkunjung pada hujung minggu ini? Jalan Rompin, Kampung Sepakat Barat, 26800 Kuala Rompin, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari.

 

3. ROTI CANAI KARI KAMBING KAK SUE – SARAPAN

Ini juga merupakan salah satu kedai roti canai yang famous dekat Rompin. Dihidangkan bersama kuah kari kambing yang lazat dan resepi turun-temurun. Fuhh.. Memang sekali korang rasa pasti nak lagi. Kedai ini diusahakan oleh Kak Sue dan keluarganya.

Gerai makan yang menyediakan pelbagai sarapan pagi seperti Nasi Lemak, Nasi Minyak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Roti Arab, Mee dan Kuey Tiow Goreng. Menu utama mereka adalah Roti Canai bersama Kari Kambing. Mereka juga menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis/jamuan. Korang bolehlah ajak keluarga atau rakan-rakan datang ke sini untuk mencuba menu sarapan pagi mereka yang pelbagai.

Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Gerai No. 2 Kampung Leban Chondong, 26800 Kuala Rompin, Pahang. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 018-771 9954.

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Rompin ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply