13 Tempat Makan Best Sarapan Di Shah Alam, Selangor | Shah Alam ialah ibu negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia dan merupakan salah satu bandar yang pesat membangun di Malaysia. Shah Alam terkenal dengan infrastruktur moden, universiti-universiti terkemuka seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan pelbagai tempat menarik termasuk taman-taman, pusat beli-belah, dan makanan enak.
Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Shah Alam? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Shah Alam, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.
1. RESTORAN SOTO SHAH ALAM – SARAPAN
Restoran Soto Shah Alam ini menjual pelbagai juadah sarapan pagi & makan tengahari dengan lebih 30 jenis. Mereka mempunyai pelbagai aneka makanan untuk anda breakfast dan lunch. Restoran ini berkonsepkan buffet korang perlu pilih dan ambik apa yang korang nak. Antara menu sarapan pagi termasuk nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, soto, roti canai dan aneka jenis kuih. Sangat sesuai untuk korang bawa family korang tetapi restoran ini agak crowded pada waktu peak hours.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di No. 12, Jalan Liku B 8/B, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 7 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 03-5523 6265.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/restoransotoshahalam/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/restoransotoshahalam/
2. WARONG TIGA LIMA – SARAPAN
Kalau korang nak rasa “kedai orang lama”, kedai ni merupakan kedai sarapan pagi yang wajib korang kunjungi. First of all, tempat parking kedai ni agak limited tetapi vibes dia best dan korang akan rasa nostalgic. Selain itu, makanan yang mereka sajikan juga sedap-sedap semuanya.
Menu yang best dan popular di sini ialah nasi lemak dengan ayam kepak. Sambal sangat sedap dan kena dengan nasi lemak itu sendiri. Mereka juga ada banyak menu lain yang boleh korang pilih seperti lempeng, cekodok, nasi dagang, kuih muih dan kopi 35. Kopi 35 ni merupakan kopi signature kedai mereka dan ramai pengunjung yang datang akan cuba kopi ini.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Songkok 10/15, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 7 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 01111395155 atau boleh terus email di [email protected].
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warongtigalima_/
3. RESTORAN HATINIE – SARAPAN
Tempat sarapan pagi yang terlebih meriah. Anda boleh beli pelbagai makanan disini termasuk satay, roti, nasi, sup, kuih, kerepek, manisan dan lauk pauk yang sangat banyak dan pelbagai. Jangan beratur lepas ambil makanan, boleh terus makan sekiranya org ramai kerana, ada org yang akan datang kira dimeja. Harga pula berpatutan, cuma jangan ingat anda boleh makan dengan tenang pada hujung minggu ya, pengunjung sangat ramai, tempat duduk pun penuh. Restoran ini juga menawarkan khidmat servis catering kepada yang tak tahu.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 18 & 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 019-266 7810.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/jomsatehatini/
4. PAK LI KOPITIAM SHAH ALAM 7 – SARAPAN
Kopitiam tempatan yang terletak di Shah Alam adalah ini merupakan port sarapan pagi dan tempat pilihan untuk anda mencuba Nasi Ayam Lemon. Beroperasi sejak tahun 2007, Pak Li Kopitiam telah menyajikan pelbagai hidangan Nyonya tempatan menggunakan resipi keluarga yang telah diwarisi turun-temurun.
Item paling popular mereka di sini adalah Nasi Ayam yang digoreng dengan sempurna hingga keemasan & dicurahkan dengan kuah lemon manis masam. Menu kegemaran lain termasuk Kuey Teow Goreng, Nasi Goreng Goreng & pelbagai jenis Nasi Lemak yang dihidangkan dengan Ayam Berempah atau Ayam Kari istimewa kedai. Bagi peminat makanan pedas, anda pasti harus mencuba Katong Laksa mereka juga!
Singgahlah untuk menikmati roti bakar lama yang enak dengan Kopi Putih mereka serta Air Limau Assam atau Cendol sejuk untuk mengatasi kepanasan.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 18 & 20, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7 pagi sehingga 6 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 019-266 7810 atau boleh terus email di [email protected]. Anda juga boleh melayari website mereka https://www.paklikopitiam.com.my/our-menu.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/paklikopitiammy/?locale=ms_MY
5. TEH LARIS KAFE – SARAPAN
Teh laris kafe merupakan kafe untuk anda sarapan di Shah Alam dengan tenang dan terhindar dari hiruk-pikuk kenderaan. Nasi lemak mereka merupakan menu yang popular di sini. Rendang sedap dan tidak terlalu pedas sesuai untuk semua umur. Lontongnya juga sangat sedap dan kuahnya cukup lemak dan rasa. Kafe ini sesuai untuk sesiapa yang gemar dan ingin mencuba makanan Johor.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di 21, Jalan Snuker 13/28, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari pada pukul 7.30 pagi sehingga 7 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 03-5524 0335 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tehlariskafe/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Shah Alam ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !