13 Tempat Makan Best Sarapan Di Sungai Buloh, Selangor | Sungai Buloh adalah kawasan yang sibuk dengan banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Oleh itu, terdapat banyak kedai makan di sini yang sesuai dengan bilangan penduduk dan pelancong yang berkunjung ke sini. Banyak port-port makan best untuk anda sarapan di Sungai Buloh yang korang tak tahu.
Tak tahu nak makan dan cari kedai untuk sarapan di Sungai Buloh? Di bawah merupakan 13 tempat makan best untuk anda sarapan di Sungai Buloh, Selangor yang boleh korang kunjungi. Nikmati hidangan sarapan yang pelbagai, direka khas untuk memuaskan selera anda.
1. WARUNG CHE BUNGA – SARAPAN
Warung Che Bunga ini sesuai untuk yang nak sarapan pagi makanan Kelantan. Rasa nasi kerabu mereka yang mantap dan sedap sama seperti korang makan kat rumah. Pengunjung yang nak rasa atau teringin nak makan makanan orang Kelate anda wajib singgah ke sini.
Antara menu yang ada dekat sini ialah Nasi Kerabu Daging Bakar, Teh AIS Madu Mantaaapp, Bihun Pink Nasi Khao Mok, Nasi Daging Kerutuk, Mee Celup Special, Gulai Ayam Dam Daging Kerutuk. Roti sangkaya juga menjadi menu tetap pengunjung yang datang ke sini untuk mencuba. Korang kena datang awal sebab parking lot mereka sangat limited.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di jalan kampung melayu sungai buloh medan selera, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin dan Rabu pada pukul 7 pagi sehingga 11 malam. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-340 2274.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungchebunga/?hl=en
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungchebunga/
2. WARUNG OCHEK – SARAPAN
Hidden spot baru kalau nak breakfast area Sg Buloh! Lepas ni senang lah nk cari comfort foods! Walaupon baru je operasi, service dia tiptop! Makanan pon sedap! Boleh try signature menu diorang Nasi Timbel dengan vibe-vibe kg, memang best lah! Jangan terkejut warung ni dalam kawasan laman rumah. Pemiliknya sangat ramah dan peramah dan suasananya juga best dan tenang. Tempat ini disyorkan bagi yang nak sarapan atau makan tengah hari di sini.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Lorong Melati, Kampung Gombak, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Selasa dan Rabu pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-346 4124.
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@ochekfoodindustries
3. LOT 91 CAFE – SARAPAN
Cafe ini sangat popular dan konsep cafe ini lebih kepada versatile reka bentuknya. Mereka beroperasi untuk sarapan dan makan malam. Harganya juga sangat berpatutan dan murah. Sarapan pagi mereka terdapat Nasi Lemak, Roto Canai, Lontong, Mee Sup dan Mee Kari Mee rebus menu yang paling popular di sini, yang paling penting mereka menggunakan mee organic. Anda kalau cuba sarapan di sini bolehlah ajak family atau rakan-rakan untuk try sekali.
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Lot 91 Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 012-651 0016 atau boleh terus email di [email protected].
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/lot91cafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lot91cafe/
4. KAFE BALOH – SARAPAN
Berminat untuk berkunjung dan sarapan di sini? Lokasi kedai ini terletak di Jalan Merbau Sempak, Kampung Kubu Gajah, 47000 Sungai Buloh, Selangor. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan, anda boleh hubungi di no tel: 016-266 8300.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KafeBaloh/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kafe_baloh/
TIKTOK PAGE: https://www.tiktok.com/@kafebaloh
Buat masa ini kami hanya menjumpai 4 tempat makan best sarapan di kawasan Sungai Buloh ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !