13 Tempat Makan Best Sarapan Di Tanjung Rambutan, Perak | Kawasan ini terkenal kerana terdapat Hospital Bahagia Ulu Kinta, yang sebelum ini dikenali sebagai Hospital Tanjung Rambutan, di sini. Hospital ini adalah salah satu institusi perubatan mental utama di Malaysia. Di kawasan ini, anda mungkin dapat menjumpai beberapa restoran atau kedai makan tempatan yang menawarkan hidangan tradisional Malaysia. Bagi pengunjung yang ingin menikmati makanan tempatan seperti nasi lemak, roti canai, dan hidangan Melayu lain, anda mungkin dapat mencari kedai-kedai makan yang dikeluarkan oleh penduduk tempatan.

Sementara berehat di Tanjung Rambutan sebelum meneruskan perjalanan anda bolehlah mencari tempat untuk menjamu selera. Tapi dimana tempat makan yang best di Tanjung Rambutan? Berikut merupakan tempat makan yang best untuk anda sarapan di Tanjung Rambutan, Perak yang anda harus cuba.

 

1. NASI LEMAK CAKCIBOR (MOH SARAP) – SARAPAN

Pagi-pagi terasa lapar tak tahu nak sarapan di mana? Kedai nasi lemak cakcibor ini menyajikan menu sarapan pagi yang menarik untuk korang semua. Antara menu yang best dan menarik di sini ialah nasi lemak mereka. Selain nasi lemak terdapat juga menu lain seperti kuey teow goreng dan roti kitab. Aneka jenis roti kitab menjadi pilihan wajib pengunjung yang datang ke sini. Roti Kitab Special betul-betul gabungan mantop 2 jenis kaya disitu.Datanglah beramai-ramai untuk mengisi kekosongan perut anda dengan menu yang pedas dan manis.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Hala Perindustrian Perpaduan, Jalan Tambun, Kawasan Perindustrian, 31400 Ulu Kinta, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 011-5660 0094 atau boleh terus email di [email protected].

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasilemakcakcibor/?locale=ms_MY

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/nasilemakcakcibor/?hl=en

 

2. KEDAI NASI LEMAK IBU – SARAPAN

Kedai ini mendapat rating yang tinggi di Google atas sebab menu sarapan paginya yang famous dengan pengunjung dari luar Tanjung Rambutan. Harga yang diletakkan pon berbaloi dengan menunya. Antara menu yang boleh korang cuba di sini ialah mee kari, bakso, kuey teow goreng, mee goreng, roti canai dan nasi lemak mereka. Mee kari mereka sangatlah sedap, cukup rasa masin, manis dan pedas. Berbaloi untuk anda mencuba.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Gerai Makan, Jalan Besar, Kampung Masjid, 31250 Tanjung Rambutan, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  019-540 2752.

 

3. WARUNG ROTI CANAI IKAN SEKOQ – SARAPAN

Bagi penggemar roti canai, anda wajib singgah di  warung ini untuk mencuba roti canai mereka yang disajikan dengan gulai ikan sekoq. Gulai ikan mereka menjadi kegemaran semua pengunjung yang datang ke warung mereka. Roti canai mereka yang lembut dan garing pasti akan membuat anda teringat-ingat dan ingin datang dan repeat sekali lagi. Selain roti canai, terdapat juga menu sarapan lain seperti roti bakar, roti telur dan menu wajib sarapan nasi lemak daun pisang.

Bercadang ingin berkunjung? Lokasi warung ini terletak di Gerai Makan, Jalan Besar, Kampung Masjid, 31250 Tanjung Rambutan, Perak. Warung ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 6.30 pagi sehingga 12 tengah hari. Sebarang pertanyaan atau anda ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel:  019-540 2752.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Tanjung Rambutan ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply