13 Tempat Makan Best Sarapan di Kota Kinabalu, Sabah | Kota Kinabalu adalah bandar keenam dirasmikan bagi Malaysia di timur pada tahun 2000, memerlukan kira-kira 3 jam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dahulunya dikenali sebagai Jesselton, ialah ibu negeri Sabah yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Pantai Barat negeri Sabah.
Bagi yang suka food hunting cari port breakfast yang best, viral korang boleh datang ke sini dan menikmati pelbagai hidangan yang mereka tawarkan. Teringin nak cuba makanan yang menarik dari daerah Kota Kinabalu tapi tak tahu dekat mana?Berikut adalah senarai 13 tempat makan best untuk anda sarapan best Kota Kinabalu, Sabah.
1. TOKMI STATION – SARAPAN
Ini adalah salah satu kedai sarapan pagi yang best untuk anda sarapan di Kota Kinabalu ni. Sangat famous di media sosial dan pernah viral dulu. Kalau korang nak tahu kedai ni juga mendapat rating yang tinggi di Google. Rata-rata pengunjung pon banyak recommend kedai ni untuk sarapan kepada orang lain. Menu sarapan yang mereka sediakan pon banyak, mesti korang pening nak pilih yang mana.
Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Lot 10, Ground Floor, Block H, Lorong Ikan Juara 3, Sadong Jaya Complex, Sadong Jaya, 88100 Kota Kinabalu, Sabah. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Ahad pada pukul 7 pagi hingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan, boleh hubungi di no tel: 010-550 2897.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/tokmistation/
2. THE WARUNG KEPAYAN – SARAPAN
The warung kepayan ni addalah salah satu restoran sarapan pagi yang agak famous juga dekat Kota Kinabalu ni. Ramai pengunjung dari luar selalu singgah ke sini untuk breakfast. menu sarapan pagi mereka pon banyak dan pelbagai. Kat sini korang boleh dapat makanan yang sedap yang boleh korang repeat lagi.
Kawasan kedai mereka pon bersih, luas dan besar. Sesuai untuk korang bawa family besar atau nak buat gathering ramai-ramai. Ada masa boleh datang singgah ke sini.
Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Jln. Pahlawan, 88902 Kota Kinabalu, Sabah. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 8 pagi hingga 7 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 013-878 0147.
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thewarungkepayan/
3. KEDAI MAKAN ISLAMIC RESTORAN – SARAPAN
Ini adalah salah satu restoran sarapan pagi yang best jugak dkeat Kota Kinabalu ni. Rata-rata pengunjung yang datang semua bagi review yang best dan memuaskan. Harga pon murah dan sangat berbaloi dengan portion yang mereka berikan. Antara menu yang ada dekat sini, yang korang boleh cuba ialah nasi lemak aneka lauk, mee kuah, mee kolok, laksa, nasi dagang, murtabak, roti canai banjir, roti canai cheese dan banyak lagi.
Jika anda dan keluarga nak datang untuk cuba makanan di sini. Lokasi restoran ini terletak di Basement, S40, S41, Lorong Centre Point, Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam. Kalau anda ada sebarang soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 088-241 471.
4. MEE TAUHU SEDAP – SARAPAN
Rancang nak datang untuk mencuba makanan disini? Lokasi restoran ini terletak di Block D, Lot 1, 10, Lorong Plaza Kingfisher 4, 88450 Kota Kinabalu, Sabah. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 6 pagi hingga 5 petang. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 016-929 6077.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/meetauhusedapkingfisher/
5. WARUNG POKDI KELATE – SARAPAN
Datang bercuti ke Kota Kinabalu nak cari makanan pantai timur? Korang boleh datang ke warung ni. Dekat sini terdapat pelbagai jenis menu sarapan yang korang boleh dapat. Antara yang jadi kegemaran pengunjung yang datang ke sini ialah nasi kerabu ayam bakar, daging bakar dan lauk lain, nasi dagang, roti sarang burung, roti bakar, laksam, laksa dan banyak lagi.
Harga pon murah dan berbaloi lah tak terlalu overprice. Memang sesuai untuk korang singgah breakfast dengan family atau kawan-kawan korang. Jangan lupa singgah kalau datang ke Kota Kinabalu.
Rancang nak datang untuk mencuba makanan disini? Lokasi restoran ini terletak di Sulaman Sentral, Sepanggar. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Isnin, pada jam 9 pagi hingga 8 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin buat tempahan boleh hubungi di no tel: 019-789 2339.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungpokdikelate/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungpokdikelate/
Buat masa ini kami hanya menjumpai 5 tempat makan best sarapan di kawasan Kota Kinabalu ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !