13 Tempat Makan Best Sarapan di Kuala Krai, Kelantan | Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Kalau korang nak tahu dekat sini, terdapat banyak kedai-kedai makan sarpan pagi yang popular yang boleh korang pergi.

Sementara berehat di Kuala Krai sebelum teruskan perjalanan anda boleh lah mencari tempat untuk sarapan. Tapi dimana port makan yang best untuk sarapan di Kuala Krai? Berikut merupakan 13 tempat makan best di Kuala Krai yang anda harus cuba.

 

1. RESTORAN POHON JATI – SARAPAN

Ini adalah salah satu port breakafst yang popular bagi penduduk di Kuala Krai. Rata-rata pengunjung dari luar akan datang singgah ke sini untuk breakfast dekat sini. Semua menu dekat sini semua mendapat sambutan yang hangat dan bestseller. Restoran kat sini sesuai untuk korang bawa family yang besar dan ramai. Sangat selesa dan staff pon ramah dan mesra.

Berminat nak datang ke sini hujung minggu ni? Lokasi kedai ini terletak di Sebelah petronas, 1, Guchil, 18000 Kuala Krai, Kelantan. Kedai ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Rabu pada pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Kalau anda ada soalan atau ingin membuat tempahan boleh hubungi di no tel: 014-899 8108.

 

2. ROTI CANAI SULAIMAN – SARAPAN

Korang cari kedai sarapan yang popular dan sedap dekat Kuala Krai? Korang boleh datang ke kedai roti canai Sulaiman ni. Mereka ada sediakan roti canai yang sedap, rangup dan garing di luar dan lembut di dalam. Selain roti canai mereka ada sediakan menu sarapan lain juga seperti nasi lemak, tosei, capati, nasi kerabu, nasi dagang dan banyak lagi. Harga pon murah dan sangat berbaloi dan jimat.

Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini. Lokasi restoran ini terletak di Guchil, 18000 Kuala Krai, Kelantan. Waktu operasi pada setiap hari kecuali hari Ahad, pada jam 8 pagi sehingga 10 malam.

 

3. SU WARUNG NASI KERABU – SARAPAN

Batu11 Ketereh ni meme terkenal dengan Nasi Kerabu sejak dulu lagi. Sampai ada signboard tulis zone Nasi Kerabu lagi. Sebab kawasan tu ada lebih kurang 3/4 kedai nasi kerabu yang famous dan  semua kedai nasi kerabu situ sedap-sedap belaka.
Memang jalan kat situ setiap pagi memang jem selalu tambah pulak kalau weekend. Kambing bakar dekat sini meme wajib korang order dan try sebab memang selalu sold out. Kambing mereka sangat sedap molekk juicy & tender.

Jika anda dan keluarga merancang untuk berkunjung untuk mencuba makanan disini. Lokasi restoran ini terletak di Jalan Kuala Krai Kampong Batu11 Ketereh, Kelantan. Waktu operasi pada setiap hari, pada jam 7 pagi sehingga 3 petang.

 

Buat masa ini kami hanya menjumpai 3 tempat makan best sarapan di kawasan Kuala Krai ini. Jika anda ada maklumat terkini atau inginkan premis anda dimasukkan dalam senarai ini, boleh hubungi kami (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk kemaskini maklumat ini. Terima kasih. Dah baca tu, jangan lupa untuk kongsikan ye. Selamat menjamu selera. Adios !

Share.

Leave A Reply