Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

13 Tempat Makan Malam Best di Banting, Selangor | Banting ialah sebuah bandar pentadbiran bagi daerah Hulu Langat. Bandar ini bukanlah sebuah bandar yang lagi kerana bandar ini cukup sebagai salah satu tempat percutian yang menarik seperti Kelanang Beach, Morib Beach dan banyak lagi.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Banting, Selangor ini.

 

1. NASI ARAB ALSHAMS BANTING – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan masakan Arab dengan menu yang pelbagai? Korang boleh ke Nasi Arab Alshams Banting, memang berbaloi. Dekat sini, terdapat banyak menu yang korang boleh dapatkan seperi Beef Shawarma, Mandy Lamb, Samosa Cheese, Hummus and Pita dan banyak lagi. Kalau korang nak tahu, bukan setakat menu saja banyak tapi portion pun banyak! Jadi memang berbaloi menjamu selera disini tambah-tambah lagi kalau makan bersama keluarga atau rakan-rakan. Tak percaya? Korang cuba rasai sendiri.

Lokasi restoran ini di 404, Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, 42700 Banting, Selangor dan dibuka setiap hari pada 10:30 pagi hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  012-6026672. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasiarabalshams/

 

2. SAHA COFFEE & FRUIT BAR S/B (HQ) – MAKAN MALAM

Korang craving makan makanan Western dengan suasana yang santai dan tenang? Saha Coffee & Fruit Bar S/B adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, Saha Coffee ini adalah sebuah kafe yang popular di Banting, Selangor dengan menu yang sedap, suasana yang cantik, perkhidmatan yang terbaik dan harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan.Jadi kafe ini amatlah bersesuaian bagi korang yang ingin melepak bersama rakan-rakan atau makan bersama keluarga. Korang pasti takkan menyesal punya lah.

Lokasi Saha Coffee ini di No. 4, Jalan Cendana 2, Taman Muhibbah, 42700 Banting, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 8 malam hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-31813180.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/saha.banting/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/sahacoffee/

 

3. SAIGON TASTE CHAMPA – MAKAN MALAM

Kalau korang ada di Banting, Selangr, korang kena singgah di Saigon Taste Champa ini. Saigon Taste Champa adalah sebuah restoran Halal yang menghidangkan makanan Vietnam yang padu-padu. Terdapat pelbagai menu yang korang boleh cuba seperti Vietnamese Beef Soup Kueyteow, Kuewteow Sup Daging Vietnam dan banyak lagi. Korang pasti akan kesedapan punyalah tambah tambah lagi kalau korang penggemar sup. Memang terbaik!

Lokasi Saigon Taste Champa (kuewteow sup daging vietnamese style ini di Jalan Sukun, Kampung Sungai Lang Baru, 42700 Banting, Selangor dan dibuka pada setiap hari pada 11:30 pagi hingga 10.30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 03-31801463.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/CHAMPASAIGON/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/saigon_champa/

 

4. NIGHTBUS 127 – MAKAN MALAM

Bagi korang yang ingin makan makanan Western, korang boleh singgah di Nightbus 127. Kalau korang nak tahu, Nightbus 127 adalah salah satu port Western yang terbaik di Banting ini. Dekat sini, mereka menyediakan banyak jenis makanan Western yang korang boleh dapatkan seperti Pasta, Burger, Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Bukan setakat itu saja, suasana sini sangatlah kreatif dimana ada meja di dalam bas. Memang menarik lah. Tertanya-tanya? Korang cuba lah rasainya.

Lokasi NightBus 127 ini di Lot 389, Batu 13, Jln Klang Banting, Kampung Sungai Rambai, 42600 Jenjarom, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Selasa pada 5:30 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-26264127.

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa  tempat makan malam terbaik di daerah Kuala Langat ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Banting ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply