13 Tempat Makan Malam Best di Besut, Terengganu | Besut adalah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara Terengganu. Kalau korang nak tahu, Besut adalah salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi seperti Pulau Perhentian, Pantai Perhentian dan Bukit Keluang.  Bukan setakat itu sahaja, Besut juga popular dengan hidangan tempatan yang sedap.

Jadi, kami bawakan kepada anda 13 senarai tempat makan best yang ada di Besut, Terengganu.

 

1. ZUL IKAN BAKAR – MAKAN MALAM

Korang tak tahu nak pergi restoran seafood yang mana satu? Korang kena pergi ke Zul Ikan Bakar. Zul Ikan Bakar adalah restoran makanan laut yang paling best di Besut ini. Dekat sini, ada bermacam jenis hidangan laut yang korang boleh pilih. Rata-rata makanan sangatlah sedap dan segar. Harga pun berpatutan. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!

Lokasi Zul Ikan Bakar ini di Kampung Seberang Kastam, 22200 Kampung Raja, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 6 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 017-9448865.

 

2. ANAK BESUT CONTAINER CAFE – MAKAN MALAM

Craving nak makan makanan Western? Korang boleh ke Anak Besut Container Cafe ini. Korang pasti akan suka punya kerana disini terdapat bermacam jenis makanan Western yang korang boleh pilih seperi Nasi Ayam Buttermilk, Chicken Grilled, Spaghetti Mix, Meatball, Burnout Burger dan banyak lagi. Sememangnya sedap sehingga menjilat jari. Korang tak percaya? Korang cuba rasai sendiri.

Lokasi ini di Kampung Gong Badang, 22200 Jerteh, Terengganu dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 10:30 malam kecuali Jumaat dibuka pada 3:30 petang . Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 011-33067483.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/anakbesutcontainer/

 

3. MALIKA KITCHEN – MAKAN MALAM

Craving nak makan Shellout? Jangan risau, Malika Kitchen adalah tempatnya. Malika Kitchen adalah restoran Seafood yang popular di daerah Besut ini. Malika Kitchen ini memperoleh rating yang tinggi iaitu 4.5 di Google. Rata-rata pelanggan disini berpuas hati dengan makanan disini terutamanya hidangan Shellout yang segar dan juicy. Korang pasti akan menjilat kesedapan punya. Harga yang ditawarkan pun sangatlah berpatutan.

Lokasi  ini di Sebelah JPJ Lot 32100, Jalan Bukit Keluang, Kampung Pengkalan Nyireh, 22000 Kampung Raja, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 5:30 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di 017-9589916.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/shelloutmalikakitchen/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/shelloutbymalikakitchen/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Besut ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Besut, Terengganu. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply