13 Tempat Makan Malam Best di Cheras, Kuala Lumpur | Cheras adalah sebuah bandar yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bandar ini amatlah popular sebagai hab untuk perniagaan tempatan dan juga pusat membeli-belah. Bukan setakat itu sahaja, bandar ini juga mempunyai banyak tempat makan yang best juga tau.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Cheras, Kuala Lumpur ini.

 

1. MURNI DISCOVERY CHERAS – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan mana? Korang boleh cuba singgah di Murni Discovery Cheras ini. Kalau korang nak tahu, Murni Discovery Cheras adalah sebuah restoran yang menyediakan gabungan makanan Local dan juga pelbagai budaya dengan rasa yang unik. Restoran ini amatlah popular lebih lebih lagi dalam kalangan penduduk disini. Dekat sini korang boleh cuba hidangan seperti Spaghetti Aglio Olio, Nasi Goreng Ayam Berempah, Maggi, Nasi Lemak dan banyak lagi. Memang sesuai lah orang kata untuk korang yang ingin lepak bersama rakan-rakan atau keluarga. Pasti korang akan puas hati punya lah!

Lokasi ini di B-37-G & B-39-G Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 1 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-7558016.

BUSINESS PAGE: https://www.murnidiscovery.com/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/MurniDiscovery/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/murnidiscovery/

 

2. PAK TEH CHAR KUEY TEOW & NASI LEMAK AYAM – MAKAN MALAM

Craving Char Kuey Teow di Cheras tapi tak tahu dekat mana yang best? Korang boleh ke Pak Teh Char Kuey Teow & Nasi Lemak Ayam. Untuk pengetahuan korang, restoran ini adalah salah satu restoran Char Kuey Teow yang ada di Cheras ini. Rata-rata pelanggan yang makan disini memberikan feedback yang positif. Dikatakan Char Kuey Teow sangat lah sedap ditambahpula dengan kesegaran udang besar yang memikat. Memang berbaloi la orang kata. Dahlah sedap, murah pula tu. Memang tak rugi kalau korang makan disini. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri.

Lokasi ini di 29, Jalan Selimang, Taman Tenaga, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 6:30 petang hingga 2 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-3306339. 

 

3. CHICO’S CHEEZY CAFE – MAKAN MALAM

Inginkan makan malam dengan rasa 5 bintang? Korang boleh ke Chico’s Cheezy Cafe ini. Kalau korang nak tahu, cafe ini menghidangkan makanan Western dan juga Asian yang mantap. Walaupun kafe ini kelihatan biasa tapi siapa sangka kafe ini mendapat 4.9 bintang di Google Review. Memang mantap. Dekat sini, korang boleh dapatkan bermacam jenis hidangan seperti Tomyam, Chicken Chop, Spaghetti, Grill Lamb Chop dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya lah kerana harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan, suasana yang baik dan perkhidmatan disini pun cukup mantap. Jadi tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin makan bersama keluarga atau rakan-rakan.

Lokasi kafe ini di No 66 Amber Business Plaza 2 Jalan Jelawat 1 Taman Ikan Emas Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur dan dibuka pada 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 012-9697610.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/ChicoCheezeyCafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/chicocheezeycafe/

 

4. TEXAS BBQ BARN CHERAS – MAKAN MALAM

Dah jemu makan makanan Local? Korang boleh cuba di Texas BBQ Barn Cheras ini. Texas BBQ Barn Cheras ini adalah sebuah restoran Amerika yang cukup popular di Cheras ini. Dikatakan disini, terdapat pelbagai pilihan yang korang boleh cuba, sememangnya lazat. Tambah-tambah lagi, daging disini sangatlah lembut dan cair apabila dimakan. Harga, suasana dan perkhidmatan disini pun sangatlah baik. Tak percaya? Korang boleh cuba. Rugi tau tak rasa. Memang berbaloi!

Lokasi Texas BBQ Barn ini di Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  010-2981676.

BUSINESS PAGE: https://texasbbqbarn.com/

INSTAGRAM PAGE: https://texasbbqbarn.com/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Kuala Lumpur ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Cheras ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply