13 Tempat Makan Malam Best di Georgetown, Pulau Pinang | Georgetown adalah ibu negeri bagi Pulau Pinang yang cukup popular dengan kepelbagaian warisan sehingga diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Oleh kerana itu, bandar ini dijadikan sebagai salah satu destinasi pelancongan dan juga tempat makan yang wajib untuk dikunjungi.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best yang anda boleh cuba makan di Georgetown, Pulau Pinang.

 

1. LAGENDA HOUSE & CAFE – MAKAN MALAM

Kalau korang nak menjamu selera dengan rasa nostalgia, korang boleh datang ke Lagenda House & Cafe. Kalau korang nak tahu, cafe ini adalah satu salah kafe terbaik yang ada di Georgetown dari segi makanan, harga dan servis yang ditawarkan. Dekat sini, mereka menyediakan banyak menu makanan Western dan juga Local. Gado-Gado, Ayam Percik Madu Tiga dan Ayam Penyet Nusantara antara menu yang disukai oleh orang ramai. Yang pasti akan memikat hati korang dan takkan menyesal punya.

Lokasi restoran ini di 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Rabu pada 12 hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 04-2519300.

WEBSITE PAGE: https://cafeculture.my/cafes/penang/george-town/lagenda-house-cafe/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/cafelagenda/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/cafelagendapenang/

 

2. RUMAH KACHA – MAKAN MALAM

Rugi kalau korang ada di Georgetown tapi tak singgah disini. Rumah Kacha adalah salah satu tempat makan malam best dengan suasana yang estetik. Cafe ini menyediakan banyak gabungan masakan Western Malay dengan saiz portion dan harga yang baik. Antara menu yang patut korang cuba ialah Cabonara Pasta, Chicken Chop, Grilled Chicken, Squid dan Honey Mustard Chicken Burger. Rumah Kacha ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga dan rakan-rakan makan bersama. Bagi yang korang suka berootd pula, inilah tempatnya.

Lokasi Rumah Kacha ini di 31a, Jalan Gurdwara, 10300 George Town, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin. Selasa hingga Khamis pada 12 tengahari hingga 3 petang dan dibuka semula pada 5 petang hingga 9:30 malam, Jumat hingga Sabtu pada 11:30 pagi hingga 3 petang dan dibuka semula pada 5 petang hingga 10 malam, Ahad pada 11:30 pagi hingga 3 pm dan dibuka semula pada 5 petang hingga 9:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  014-2485334.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rumahkacha/

 

3. KESUM ART RESTAURANT GEORGETOWN – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa? Korang boleh cuba disini. Kesum Art adalah sebuah restoran yang popular di Georgetown ini dengan gabungan masakan Melayu dan seni halus yang mampu menangkap jiwa warisan Pulau Pinang. Kalau korang nak tahu, mereka menyediakan pelbagai hidangan Melayu istimewa dari semenanjung selatan seperti Asam Pedas, Laksa Johor, Soto, Lontong, Sambal Goreng, dan Satay dengan harga yang sangat berpatutan. Bukan itu sahaja, perkhidmatan yang ditawarkan sangatlah baik dan suasana disini cukup menenangkan. Korang pasti akan suka.

Lokasi restoran ini di 104, Jln Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 11 pagi hingga 9 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, bleh hubungi: 04-2625757.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/KesumArtRestaurant/

 

4. HALAB PENANG – MAKAN MALAM

Bosan makan makanan Local? Korang boleh kunjungi ke Halab Penang. Dekat sini, mereka menawarkan pengalaman makanan Yemeni yang unik dan rasa asli yang korang tidak akan dapat di tempat lain. Bukan sahaja makanan disini sedap tetapi harga cukup berpatutan dan suasana pun sungguh menenangkan. Restoran ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga makan bersama-sama. Korang masih tak percaya? Korang kena rasa sendiri pengalamannya.

Lokasi restoran ini di 381, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Penang dan dibuka pada setiap hari pada 10 pagi hingga 3 pagi. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 04-251 9550.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/halabpenang/

 

5. SYAZANA NASI MELAYU – MAKAN MALAM

Restoran ini adalah salah satu restoran yang sudah tidak asing lagi dengan warga Georgetown dimana mereka menyajikan Nasi Melayu sejak tahun 2000 lagi. Dekat sini terdapat sebanyak 50 lauk pauk yang korang boleh pilih. Memang sedaplah tambah-tambah lagi dimakan panas-panas bersama nasi putih. Kalau korang lapar masakan Melayu pada waktu malam, inilah tempatnya. Selamat mencuba!

Lokasi Syazana Nasi Melayu ini di Penang Times Square, 10150 George Town, Penang dan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin pada 10 pagi hingga 4 petang dan dibuka semula pada 6 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-4697313.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Syazana-NASI-Melayu-100028578056786/

 

6. HAMEEDIYAH RESTAURANT – MAKAN MALAM

Kalau korang craving nak makan Nasi Kandar, korang kena cuba makan di Hameediyah. Restoran ini adalah salah satu restoran Nasi Kandar yang tertua di Malaysia dan popular dengan warga disini. Dekat sini terdapat banyak masakan yang korang boleh cuba antaranya Lamb Shank, Murtabak Ayam, Nasi Briyani Hameediyah dan Nasi Kandar. Korang pasti akan jilat jari kesedapan punya.

Lokasi restoran ini di 164 A, Lebuh Campbell, street, 10100 George Town, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 1o pagi hingga 1o malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  04-261 1095

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/HAMEEDIYAHRESTAURANTSDNBHD1025046U/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa enam tempat makan malam terbaik di daerah Georgetown ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Georgetown, Pulau Pinang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply