13 Tempat Makan Malam Best di Kluang, Johor | Kluang adalah sebuah daerah di negeri Johor, Malaysia. Daerah ini amatlah popular dengan kepelbagaian budaya, sejarah, destinasi pelancongan dan juga makanan tradisionalnya.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Kluang, Johor ini.
1. BENMAEL CAFE – MAKAN MALAM
Korang cari tempat makan malam dengan harga yang berpatutan dan portion banyak? BenMael Cafe adalah jawapannya. BenMael Cafe adalah salah satu kafe yang agak popular dengan penduduk setempat. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan yang korang boleh dapatkan seperti Crazy Fries, Beef Steak, Masak Lemak Cili Api, Daging Salai Masak Lemak dan banyak lagi. Korang pasti akan kesedapan punya lah. Tak percaya? Korang boleh cuba sendiri pengalamannya.
Lokasi BenMael Cafe ini di No. 10 Jalan Seri Impian 8/1A, Impiana Square, Taman Seri Impian, Bandar Seri Impian, 86000 Kluang, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 7 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-27620075.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/BenMaelcafe/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/benmaelcafe/
2. RESTORAN NUR AL-ISLAM NASI ARAB KLUANG – MAKAN MALAM
Inginkan makan malam dengan pengalaman terbaik? Korang kena singgah di Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang ini. Kalau korang nak tahu, Restoran Nur Al-Islam Nasi Arab Kluang adalah sebuah restoran yang menyajikan Nasi Arab terbaik di Kluang ini. Rata-rata pelanggan disini sangatlah berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, portion banyak, suasana dan perkhidmatan. Memang terbaik, Tempat ini amatlah sesuai untuk seisi keluarga dan juga makan bersama kawan-kawan. Jadi, selamat menjamu selera!
Lokasi restoran ini di 6, Jln Idaman 1, Taman Idaman, 86000 Kluang, Johor dan dibuka setiap hari kecuali Isnin pada 11 pagi hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-17715044.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Restoran-Nur-Al-Islam-Nasi-Arab-Kluang-100042830274378/
3. KLUANG WESTERN CAFE – MAKAN MALAM
Korang cari makan makanan Western tapi tak tahu mana yang best? Jangan risau, korang boleh ke Kluang Western Cafe ini. Korang pasti akan suka punya kerana Kluang Western bukan calang calang. Kluang Western Cafe ini agak popular dengan hidangan Western yang lazat. Pelbagai menu yang ada disini, pasti akan buatkan korang rambang mata. Antara menu yang korang boleh cuba ialah Chicken Chop, Meatball Cheese, Mozarella Chicken Chop, Macaroni cheese Meatballs, Fish & Chip, Salted Egg Pasta dan banyak lagi lah. Kafe ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin bersantai santai sambil menikmati makan malam. Memang tenang.
Lokasi Kluang Western Cafe ini di 171, Jalan 1, Taman Sri Kluang, 86000 Kluang, Johor dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-8926547.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kluangwesterncafe/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Kluang ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kluang ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!