13 Tempat Makan Malam Best di Kuala Selangor, Selangor | Kuala Selangor adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Selangor. Bandar ini amatlah popular dengan tempat percutian yang menarik dan tempat makan yang unik.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Kuala Selangor, Selangor ini.
1. THYME TASTE & GRILL RESTAURANT – MAKAN MALAM
Korang tercari-cari makan malam Western yang best? Korang boleh cuba di Thyme Taste & Grill Restaurant. Thyme Taste & Grill Restaurant adalah sebuah restoran Western yang ada di Kuala Selangor ini. Dekat sini, korang boleh dapat bermacam-macam jenis hidangan. Antaranya ialah Grill Chicken Chop wirh Cheese, Chicken Chop Double, Black Pepper Chicken Grill dan banyak lagi. Sememangnya padu dan terbaik. Tak percaya? Cubalah rasai sendiri.
Lokasi restoran ini di No 5 Peninsular Park, Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor dan dibuka pada Isnin hingga Sabtu pada 5 petang hingga 11:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-7734510.
2. MUSTAWA FAMILY CAFE – MAKAN MALAM
Craving makanan Western? Korang boleh singgah di Mustawa Family Cafe. Mustawa Family Cafe adalah sebuah kafe yang cukup popular dalam kalangan penduduk disini. Kalau korang ada disini, korang boleh cuba Lamb Chop Grilled, Chicken Chop, Aglio Olio Seafood, Mushroom Soup Garlic Bread, Spaghetti Aglio E Olio. Sememang terbaik. Harga dan portion yang ditawarkan sangatlah berbaloi. Kafe ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin keluar bersama kawan-kawan korang.
Lokasi Mustawa Cafe in di 46, Jln Peninsular Utama 1, Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor, Selangor dan dibuka setiap hari pada 9 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 011-35460622.
BUSINESS PAGE: https://www.mustawafamilycafe.com/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/mustawafamilycafe/
3. SATAY PAK WAN – MAKAN MALAM
Korang penggemar satay? Korang boleh cuba di Satay Pak Wan. Dikatakan Satay Pak Wan adalah sebuah restoran yang terbaik di Kuala Selangor yang menghidangkan satay. Satay disini sangatlah juicy, lembut dan juga besar. Korang pasti akan suka punyalah. Bukan setakat itu sahaja, perkhidmatan disini sangatlah tiptop. Memang tak menyesal lah makan dekat sini. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba!
Lokasi ini di 21, Jalan Medan Niaga 3, Kampung Baharu, 45000 Kuala Selangor, Selangor dan dibuka pada Ahad hingga Khamis pada 12 tengah hari hingga 10 malam dan Jumaat hingga Sabtu pada 2 petang hingga 12 tengah malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 018-2102295.
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Kuala Selangor ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kuala Selangor ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!