13 Tempat Makan Malam Best di Kuala Terengganu, Terengganu | Kuala Terengganu, bukanlah sebuah bandar yang asing lagi disini. Walaupun Kuala Terengganu adalah daerah yang terkecil dari yang lain tapi siapa sangka, daerah ini mempunyai banyak tempat pelancongan yang cantik dan tempat makan yang menarik untuk dikunjungi.

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang anda boleh singgah di Kuala Terengganu, Terengganu.

 

1. NR CAFE – MAKAN MALAM

Bagi korang yang craving sangat nak makan seafood, korang kena datang ke NR Cafe. Dikatakan NR Cafe menyediakan banyak hidangan terutamanya Seafood. Seafood ini bukan biasa-biasa tau, sangatlah juicy dan fresh. Kalau korang ada dekat sini, korang kena cuba Siakap Tiga Rasa, Siakap Stim Limau, Siakap Harimau Menagis dan Ikan Bakar. Memang recommended la. Apa yang best, perut korang bukan je gembira tapi korang pun akan gembira. Selamat menjamu selera!

Lokasi kafe ini di Lot 24354, Jalan Kubang Badak, Kampung Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka pada setiap hari pada 3 petang hingga 11 malam kecuali Isnin pada 9 pagi hingga 5 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-55569242.

BUSINESS PAGE: https://nrcafe.my/menu-hq/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nrcafetokjemball

 

2. RAHSIA KITCHEN – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan malam makanan Western? Rahsia Kitchen adalah jawapannya. Kalau korang nak tahu, dekat sini mereka menyediakan pelbagai makanan Western yang korang boleh pilih. Antaranya, Chicken Chop, Chicken Grilled, Chicken Chop Cheezy, French Fries, Cheezy Wedges dan banyak lagi. Korang pasti akan rambang mata punya. Harga dah murah, portion pun banyak, suasana pun selesa. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di 1412, Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 5 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan, boleh hubungi di no tel: 011-16211121.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/rahsia.kitchen/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/rahsia_kitchen/

 

3. THE SYRUP VS SODA – MAKAN MALAM

Korang jenis yang makan banyak tapi selalu jumpa restoran yang hidang sikit je? Jangan risau, korang boleh datang makan ke Syrup Vs Soda ini. Dekat sini, mereka menawarkan pelbagai jenis masakan seperti makanan Local, Thai dan juga Western dengan portion yang banyak tau. Dahlah sedap dan harga pun mampu milik. Korang masih tak percaya? Haa korang cubalah sendiri.  Korang pasti akan suka punya.

Lokasi restoran ini di 3373, Jalan Batas Baru, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat pada 4:30 petang hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin membuat tempahan,boleh hubungi di no tel: 09-6227669.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/syrupvssoda/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/thesyrupvssoda/

 

4. KBB BURGER & STEAK TERENGGANU

Korang tercari cari daging yang sedap, korang kena cuba pergi ke KBB Burger & Steak Terengganu ini. Kalau korang nak tahu, KBB Burger & Steak Terengganu sangatlah popular sehingga mendapat perhatian dalam kalangan pelanggan tidak kira dalam dan luar negara. Hidangan daging disini pasti akan membuatkan korang terliur punyalah sebab dagingnya sangatlah tender dan juicy. Bukan setakat tu je tau, perkhidmatan dekat sini sememang tip top  dan suasana pun sangatlah tenang dan memukau pandangan. Tempat ini amatlah sesuai bagi korang yang ingin membawa seisi keluarga atau rakan-rakan makan bersama. Korang akan puas hati punya. Selamat mencuba!

Lokasi KBB ini di LOT 4063, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis pada 12:30 tengah hari hingga 11 malam dan Jumaat dibuka pada 3 petang. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel:

BUSSINESS PAGE: https://kbbburgerandsteak.com/

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kbbburgerandsteakterengganu/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak/

 

5. WARUNG CIKGU – MAKAN MALAM

Nama saja warung tapi siapa sangka, warung ini berjaya dapat tempat dalam hati para pelanggan. Walaupun warung ini kelihatan simple sahaja tapi makanan dia bukan biasa-biasa. Dekat sini, terdapat banyak jenis hidangan yang korang dapatkan terutamanya masakan panas dan Western. Korang pasti akan suka punyalah sebab harga yang ditawarkan amatlah berbaloi dengan portionnya yang besar. Bukan setakat tu je, perkhidmatan dan persekitaran sini juga sangat bersih dan tenang.

Lokasi Warung Cikgu ini di Lot 9349, Kampung Jati, Gong badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu dan dibuka pada setiap hari kecuali Selasa pada 6 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-2941844. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/warungcikgu2015/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/warungcikgu_gongbadak/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa lima tempat makan malam terbaik di daerah Kuala Terengganu ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kuala Terengganu, Kelantan. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply