13 Tempat Makan Malam Best di Kuching, Sarawak | Kuching adalah ibu kota dan bandar paling ramai penduduk di negeri Sarawak di Malaysia. Meskipun kota ini mempertahankan sebahagian besar warisan budayanya, bandar ini juga adalah pusat kegiatan moden seperti pusat perbelanjaan, restoran dan pusat hiburan.
Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang boleh cuba di Kuching, Sarawak ini.
1. LEPAU RESTAURANT – MAKAN MALAM
Kalau korang ada Kuching, Sarawak, korang kena cuba kunjung di Lepau Restaurant ini. Apa yang menarik disini ialah mereka ada menyediakan makanan asli Orang Ulu dan Dayak terbaik yang korang boleh dapatkan. Untuk pengetahuan, restoran ini pernah memenangi sebagai Restoran Etnik Inovatif Terbaik untuk Anugerah Pelancongan Malaysia ke-20. Jadi kalau korang ada dekat sini, korang boleh cuba makan Stir Fied Pounded Tapioca Leaves, Nasi Bario, Fish Umai, Chicken Pansuh, Sweet and Sour Chicken, Fiona Calamari, Midin Belacan dan banyak lagi. Korang pasti akan puas hati punya kerana harga yang ditawarkan sangatlah berbaloi. Tambah-tambah lagi kalau makan bersama seisi keluarga atau rakan-rakan.
Lokasi Lepau Restaurant ini di 99, Jalan Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 2 petang dan dibuka semula pada 6 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 012-8845383.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/lepaurestaurant/
INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/lepaurestaurant/
2. ANNUAR BBQ RESTAURANT – MAKAN MALAM
Korang tercari-cari restoran yang menghidangkan BBQ tapi tak tahu mana satu yang best? Jangan risau, korang boleh ke Annuar BBQ Restaurant ini. Korang pasti akan suka punya kerana dekat sini terdapat bermacam macam jenis pilihan yang korang boleh pilih daripada sayur-sayuran hinggalah makanan laut. Kesemuanya sangatlah segar, juicy dan lembut untuk dimakan, Memang terbaiklah. Bukan setakat tu je, harga pun mampu milik. Jadi, selamat mencuba!
Lokasi restoran ini di Ground floor, Lot 223, Jalan Ban Hock, 93100 Kuching, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 6 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 019-8867900.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/AnnuarSteambot/
3. CEYLONESE RESTAURANT SDN BHD – MAKAN MALAM
Craving masakan India? Korang boleh singgah di Ceylonese Restaurant Sdn Bhd ini. Kalau korang nak tahu, Ceylonese Restaurant adalah sebuah restoran yang cukup popular di Kuching ini. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai masakan India Utara yang korang boleh cuba. Kalau korang ada dekat sini, korang boleh lah cuba Roti Naan mereka. Memang terbaik lah orang kata. Dahlah lembut dicampur pula dengan kuah yang pekat. Pasti akan menjilat jari kesedapan. Tak percaya? Cubalah rasai pengalamannya.
Lokasi ini di 23 22, 23 22, Jalan Green Hill, 93100 Kuching, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 10 pagi hingga 12 tengah hari. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 014-6973447.
FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/CeyloneseRestaurant/
Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Kuching ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Kuching ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!