13 Tempat Makan Malam Best di Nibong Tebal, Pulau Pinang | Nibong Tebal adalah salah satu bandar utama di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang. Seperti kebanyakan kawasan di Pulau Pinang, Nibong Tebal juga mempunyai warisan budaya dan sejarah yang kaya. Bukan itu sahaja, bandar ini juga mempunyai tempat makan best yang masih ramai tak tahu.

Jadi kami bawakan kepada anda, 13 senarai tempat makan best di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

 

1. KARI CORNER – MAKAN MALAM

Restoran ini adalah salah satu restoran yang popular di Nibong Tebal ini. Dekat sini mereka menghidangkan makanan seperti Ikan Bakar, Seafood dan juga Western. Kalau korang ke sini, korang kena cuba Kari Ikan Sembilang dan Ikan Bakar disini, sememangnya lazat. Korang mesti puas hati punya sebab harga sangatlah berpatutan.

Lokasi ini di  Kampung Permatang Keling, 14300 Nibong Tebal, Penang dan dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa pada 10:30 pagi hingga 11:55 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-4099799.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/karicorner/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kari_corner/

 

2. MEQRIZQ REPUBLIC NIBONG TEBAL – MAKAN MALAM

Korang craving nak makan makanan Arab dan Western pada masa yang sama? Jangan risau, korang boleh singgah ke Meqrizq Republic Nibong Tebal. Dekat sini, mereka menyediakan pelbagai makanan Arab dan Western yang korang boleh pilih. Antara menu yang disyorkan ialah Garlic Naan Cheese, Nasi Kabshah Kambing dan Nasi Arab Mandi. Korang pasti akan suka punyalah.

Lokasi restoran ini di 91, Jalan Pekaka, Taman Pekaka, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari pada 9 pagi hingga 11 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 017-4123816.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/Meqrizqnibongtebal/

 

3. KAFETERIA JEMPUT MAKAN – MAKAN MALAM

Korang inginkan makan malam dengan suasana yang tenang? Kafeteria Jemput Makan adalah jawapannya. Kafeteria Jemput Makan ini adalah salah satu restoran yang menyediakan masakan Melayu dan juga Western. Dikatakan makanan disini mempunyai rasa yang seimbang, harga menu yang sangatlah berpatutan dan suasana disini juga mesra. Bagi korang yang belum pernah ke sini, korang kena cuba singgah ke Kafeteria Jemput Makan. Pasti korang akan puas hati punyalah.

Lokasi Kafeteria Jemput Makan ini di No 21, Lorong Seri Saujana, Taman Seri Saujana, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang dan dibuka pada setiap hari kecuali Ahad pada 3 petang hingga 10:30 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi:  019-5783776.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/jemputmakannibongtebal/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Nibong Tebal ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply