13 Tempat Makan Malam Best di Samarahan, Sarawak | Samarahan adalah sebuah daerah di Sarawak, Malaysia. Kota Samarahan pernah dikenali sebagai sebuah perkampuangan kecil pesisir pantai sebelum berubah menjadi sebuah bandar yang dilengkapi dengan kemudan moden dan ibu pejabat pentadbiran. Bukan itu sahaja, dekat Samarahan ini juga mempunyai tempat makan menarik untuk dikunjungi yang masih ramai tak tahu.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang boleh cuba di Samarahan, Sarawak ini.

 

1. THE FOOD BY KUALI EMAK – MAKAN MALAM

Korang suka makan Steamboat? Korang boleh ke The Food by Kuali Emak ini. Kalau korang nak tahu, the Food by Kuali adalah salah satu restoran pilihan bagi penduduk disini untuk hidangan makanan laut. Apa yang menarik lagi disini ialah mereka menawarkan harga yang murah bagi setiap makanan laut disini. Bukan setakat itu saja, tempat ini juga sangatlah sesuai bagi korang yang nak rehatkan minda kerana kawasan ini menenangkan. Memang best lah orang kata. Jadi, sambil korang makan tu bolehlah nikmat suasana disini.

Lokasi ini di Jln I-MAS Village, 94300 Kota Samarahan, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 5 petang hingga 10 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 016-8273587. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/kualiemakcafe/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/kualiemak/

 

2. UNIHAUS – MAKAN MALAM

Kalau korang suka makan makanan Western, korang kena singgah di Unihaus ini. Unihaus adalah salah satu port yang paling popular dalam kalangan pelajar IPT kerana tempat ini sesuai untuk lepak bersama kawan dan menikmati makanan disini. Dekat sini, terdapat banyak menu yang korang boleh pilihan. Antara menu yang disyorkan ialah Korean vs Western Set, Western vs Korean BBQ, Burgr and Fries, Chicken Chop RM10 dan banyak lagi. Korang pasti akan suka punya kerana harga yang ditawarkan sangatlah berpatutan dan portion pun cukup mengenyangkan. Rugi tau kalau korang tak cuba.

Lokasi Unihaus ini di Lor Desa Ilmu 22M1B2, 94300 Kota Samarahan, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 2 petang hingga 11 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 011-19886645.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/p/Unihaus-100057641701341/

 

3. WARONG 2000 SDN BHD – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan apa? Jangan risau, korang boleh ke Warong 2000 Sdn Bhd ini. Warong 2000 ini adalah salah sebuah restoran yang menarik untuk dikunjungi di Samarahan ini. Dekat sini, mereka ada menyediakan pelbagai jenis menu makanan yang korang dapatkan. Antaranya ialah Mee Kampua, Ayam Crispy,  Nasi Ayam, Laksa Sarawak, Sup dan banyak lagi. Korang pasti akan rambang mata punyalah. Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di Ground Floor, SL19, Aiman, 2, Jln Datuk Mohammad Musa, Kampung Melaban, 94300 Kota Samarahan, Sarawak dan dibuka setiap hari pada 8 pagi hingga 11:59 malam. Jika ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi di no tel: 082-671844.

Sekarang ni, kami hanya jumpa tiga tempat makan malam terbaik di daerah Samarahan ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Samarahan ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply