13 Tempat Makan Malam Best di Semenyih, Selangor | Semenyih adalah sebuah bandar yang terletak di negeri Selangor. Bandar ini amatlah popular sebagai salah satu tempat percutian semula jadi seperi Setia Ecohill Park, Bukit Broga, Rinching ATV Adventure Park dan banyak lagi. Bukan setakat tu je tau, bandar ini juga mempunyai tempat makan malam yang best-best.

Korang lapar malam tapi tak tahu nak makan apa dan mana? Jangan risau, kami bawakan kepada anda 13 tempat makan best yang korang cuba di Semenyih, Selangor ini.

 

1. AL-DAUD ARABIC RESTAURANT – MAKAN MALAM

Korang craving makanan Arab dan Western pada masa yang sama? Jangan risau, korang boleh ke Al-Daud Arabic Restaurant. Al-Daud Arabic Restaurant adalah sebuah restoran yang menghidangkan hidangan Arab dan Western yang lazat di Semenyih ini. Korang pasti akan terpegun punya kerana portion yang disediakan sangatlah besar dan mengenyangkan. Bukan itu sahaja, korang pasti akan kesedapan menjilat jari merasa keaslian hidangannya. Jadi, selamat mencuba!

Lokasi restoran ini di WRXW+5P7, Pekan Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor dan dibuka setiap hari pada 11 pagi hingga 11  malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 016-9606070. 

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/AlDaudRestaurant/

 

2. SHAQHEL’S KITCHEN – MAKAN MALAM

Korang lapar tapi tak tahu nak makan mana? Korang boleh cuba singgah di Shaqhel’s Kitchen ini. Kalau korang nak tahu, Shaqhel’s kitchen adalah salah satu restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan. Korang boleh cuba Fish and Chips, Chicken Chop, Lamb Chop dan banyak lagi. Apa yang bestnya, makanan disini dihidangkan secara panas dan juga pantas. Korang pasti akan puas hati punya lah.

Lokasi Shaqhel’s Kitchen ini di 13-G, Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor dan dibuka setiap hari kecuali Rabu pada 5:30 petang hingga 10:30 malam.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/shaqhelskitchen/

INSTAGRAM PAGE: https://www.instagram.com/shaqhelskitchen/

 

3. MAI KOLAM KITCHEN – MAKAN MALAM

Korang tercari cari tempat makan malam yang sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan korang? Mai Kolam Kitchen adalah jawapannya. Mai Kolam Kitchen adalah sebuah restoran yang unik dimana restoran ini terletak di atas tasik. Restoran menyediakan banyak jenis hidangan korang boleh cuba, korang pasti akan rambang mata punya. Antaranya ialah Satay Ayam, Cucur Tok Anjang, Nasi Goreng Atok, Nasi Goreng Pak Ngah dan bermacam macam lagi. Harga dan portion yang ditawarkan sangatlah berbaloi. Jadi tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Lokasi ini di Lot 749 batu 2 jalan bangi, Semenyih, Malaysia dan dibuka pada Jumaat hingga Ahad pada 4 petang hingga 10 malam. Jika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 013-3615820.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/maikolamkitchen/

 

4. WARUNG SIMPLE – ECO MAJESTIC – MAKAN MALAM

Nama saja simple tapi siapa sangka, restoran ini sangatlah luar biasa.  Warung Simple ini menyediakan pelbagai jenis masakan tempatan yang sedap. Rata-rata pelanggan disini sangatlah berpuas hati dengan makanan, harga, perkhidmatan dan suasana disini. Antara menu yang paling popular disini ialah Nasi Kerabu with Kambing Bakar, Nasi Kerabu Ikan Bawal, Nasi Simple Kambing Grill, Nasi Kukus Ayam Berempah dan banyak lagi. Kalau korang ada dekat sini, jangan lupa singgah. Rugi tau tak cuba.

Lokasi Warung Simple ini di 42A, Whitten, Jalan Eco Majestic 10/1B, Eco Majestic, , Semenyih, Malaysia dan dibuka pada Khamis hingga Selasa pada 10 pagi hingga 12 tengah malam dan Rabu pada 5 petang hingga 12 tengah malam. ika anda ada pertanyaan atau ingin menempah, boleh hubungi: 010-8034848.

FACEBOOK PAGE: https://www.facebook.com/nasisimpleberatur/

 

Sekarang ni, kami hanya jumpa empat tempat makan malam terbaik di daerah Hulu Langat ini. Jika anda ada maklumat terbaru atau ingin letak tempat anda ke dalam article ini, sila hubungi kami di (https://reviewkedaimakankmn.wasap.my/) untuk penambahan tempat makan best di Semenyih ini. Setelah anda membaca ini, jangan lupa untuk share dengan orang lain juga ye!

Share.

Leave A Reply